Daripada Al-Luh bahawa aku mendengar Allah berfirman kepada sesuatu di atas arasy…

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عن اللوح سمعت الله من فوق العرش يقول لشيء كن فلا تبلغ الكاف النون إلا يكون الذي يكون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Al-Luh bahawa aku mendengar Allah berfirman kepada sesuatu di atas arasy : Jadilah. Maka tidak sampai huruf kaf kepada huruf nun kecuali ia akan terjadi (apa yang difirmankan oleh-Nya).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«عَنِ اللَّوْحِ سَمِعْتُ اللَّهَ مِنْ فَوْقِ الْعَرْشِ يَقُولُ لِشَيْءٍ كُنْ فَلا تَبْلُغِ الْكَافُ النُّونَ إِلا يَكُونُ الَّذِي يَكُونُ» مَوْضُوعٌ بِلا شكّ.

“Daripada Al-Luh bahawa aku mendengar Allah berfirman kepada sesuatu di atas arasy : Jadilah. Maka tidak sampai huruf kaf kepada huruf nun kecuali ia akan terjadi (apa yang difirmankan oleh-Nya)”. Hadis ini adalah hadis palsu tanpa syak lagi.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.