TEKS BAHASA ARAB
حديث: خلقت أنا وهارون بن عمران، ويحيى بن زكريا، وعلي بن أبي طالب من طينة واحدة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Aku, Harun bin Imran, Yahya bin Zakaria dan Ali bin Abi Talib diciptakan dari tanah yang sama.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 342, hadis nombor 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن علي مرفوعا، وهو موضوع. آفته من محمد بن خلف المروزي.
Ia diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu. Kerosakannya adalah daripada Muhammad bin Khalaf al-Marwazi.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.