Wahai Jibril, ceritakan kepada aku kelebihan Umar di langit

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنه صلى الله عليه وآله وسلم، قال لجبريل: حدثني بفضائل عمر في السماء. فقال: يا محمد، لو حدثتك بفضائل عمر في السماء ما لبث نوح في قومه: ألف سنة إلا خمسين عاما، ما نفدت فضائل عمر، وإن عمر حسنة من حسنات أبي بكر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW berkata kepada Jibril: Ceritakanlah kepada aku kelebihan Umar di langit. Jibril berkata: Wahai Muhammad, jika aku menceritakan kepada kamu kelebihan Umar di sisi langit selama Nabi Nuh bersama kaumnya iaitu 950 tahun nescaya belum habis kelebihannya aku ceritakan kepada kamu dan Umar adalah salah satu kebaikan daripada kebaikan-kebaikan Abu Bakar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 337, hadis nombor 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الحسن بن عرفة عن عمار مرفوعا. قال أحمد بن حنبل: إنه موضوع. قال في اللآلىء: إنه أخرجه أبو نعيم. في فضائل الصحابة. قلت: أخرجه أبو نعيم، فكان ماذا؟ فليس بمثل هذا يتعقب قول من قال: إنه موضوع .

Diriwayatkan oleh al-Hasan bin Arafah daripada Ammar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).
Ahmad bin Hanbal berkata: Ia palsu. Dia berkata dalam al-Laali’: Ia diriwayatkan oleh Abu Nuaim dalam Fadhail al-Sahabah. Aku berkata: Ia diriwayatkan oleh Abu Nuaim, lalu apa? Ini tidaklah menjawab pendapat yang mengatakan bahawa ia adalah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.