Aku telah menunaikan haji widak, kemudian aku masuk ke sebuah rumah di kota Mekah

TEKS BAHASA ARAB

یا غلام! من أنا؟ فقال: أنت رسول الله. فقال له: بارك الله فيك. ثم إن الغلام لم يتكلم بعدها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Wahai anak! Siapakah aku?” Maka dia menjawab: “Engkau adalah utusan Allah.” Maka baginda berkata kepadanya: “(Semoga) Allah memberkatimu.” Kemudian aku melihat bayi tersebut tidak berbicara lagi setelahnya”.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 530, hadis nombor 2810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن معرض بن معيقيب -رضي الله عنه-، قال: حججت حجة الوداع، فدخلت دارا بمكة، فرأيت فيها رسول الله ﷺ ووجهه کدارة القمر، فسمعت منه عجبا: أتاه رجل من أهل اليمامة بغلام يوم ولد، وقد لفه في خرقة، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم : «یا غلام! من أنا؟ فقال: أنت رسول الله . فقال له: بارك الله فيك. ثم إن الغلام لم يتكلم بعدها».
[ابن جميع في «معجمه»، البيهقي في «الدلائل»، خط، «الضعيفة»، (5692)].

(Sangat Lemah) Daripada Mu’rid bin Mu’aiqib RA, beliau berkata: Aku telah menunaikan haji widak, kemudian aku masuk ke sebuah rumah di kota Mekah, dan aku telah melihat Rasulullah SAW di sana dan wajahnya seperti bulan purnama; lalu aku telah mendengar dari baginda satu perkara ajaib: Telah datang (kepadanya) seorang lelaki dari ahli Yamamah membawa seorang bayi yang baru lahir pada hari tersebut, dan telah pun membalutinya dengan kain, kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada bayi tersebut: “Wahai anak! Siapakah aku?” Maka dia menjawab: “Engkau adalah utusan Allah.” Maka baginda berkata kepadanya: “(Semoga) Allah memberkatimu.” Kemudian aku melihat bayi tersebut tidak berbicara lagi setelahnya”.
[Riwayat Ibn Jamī‘ dalam kitab Mu‘jamnya, al-Bayhaqī dalam kitabnya al-Dalā’il, Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5692]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs