Aku pernah melihat baginda ﷺ apabila berdiri, baginda bertongkatkan dengan sebelah tangan baginda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رأيته ﷺ إذا قام اتكأ على إحدى يديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku pernah melihat baginda ﷺ apabila berdiri, baginda bertongkatkan dengan sebelah tangan baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 321, hadis nombor 1692. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن وائل بن حجر- رضي الله عنه -، قال: ((رأيته ﷺ إذا قام اتكأ على إحدى يديه)). [طب، ((الضعيفة)) (5925)].

(Lemah) Daripada Wa‘il bin Hujr RA, dia telah berkata: Aku pernah melihat baginda ﷺ apabila berdiri, baginda bertongkatkan dengan sebelah tangan baginda. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5925].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.