Aku meminta kepada Rabku agar mewajibkan solat sunat duha kepada umatku

TEKS BAHASA ARAB

سألت ربي أن يكتب على أمتي سبحة الضحى فقال: تلك صلاة الملائكة من شاء صلاها ومن شاء تركها ومن صلاها فلا يصلها حتى ترتفع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku meminta kepada Rabku agar mewajibkan solat sunat duha kepada umatku, lalu Allah berfitman: Itulah solat para malaikat, sesiapa yang mahu, maka dia solat dan sesiapa yang mahu (untuk tidak solat), maka dia boleh meninggalkannya. Sesiapa yang solat duha, maka janganlah dia solat duha kecuali setelah tinggi (matahari).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 43, hadis nombor 220. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini juga sebahagian daripada rekaan golongan jahil. Nabi SAW kerap meminta kepada Rab Baginda agar diberikan keringanan kepada umat Baginda pada malam Israk dan baginda tidak mahu keluar untuk melakukan solat sunat bersama para sahabat baginda kerana bimbang difardukan kepada mereka kerana mereka tidak mampu untuk melakukannya. Kemudian, setelah ini baginda meminta pula kepada Allah agar difardukan kepada mereka solat duha? Adakah orang yang mereka-reka hadith ini mempunyai sekelumit ilmu dan akal? Adakah orang yang membawakan hadith-hadith (dalam kitabnya) ada alasan yang boleh diterima?

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs