Bersegeralah dalam menuntut ilmu,

TEKS BAHASA ARAB

سارعوا في طلب العلم؛ فالحديث في العلم من صادق ثوابه في الآخرة خير من الدنيا وما عليها من ذهب وفضة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersegeralah dalam menuntut ilmu, kerana hadith yang datang daripada seorang yang jujur adalah lebih baik berbanding dunia dan segala emas serta perak di atasnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 43, hadis nombor 222. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini tidak diragukan lagi kepalsuannya oleh penuntut ilmu hadis.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon