Aku melihat Rasulullah SAW bertakbir pada hari Tasyriq [dari solat Zohor

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رأيت رسول الله ﷺ يكبر أيام التشريق [من صلاة الظهر] يوم النحر حتى خرج من منى، يكبر في دبر كل صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Rasulullah SAW bertakbir pada hari Tasyriq [dari solat Zohor] pada hari raya sehingga baginda keluar dari Mina. Baginda akan bertakbir setiap kali selepas solat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 750, hadis nombor 3840. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن شريح بن أبرهة -رضي الله عنه-، قال: «رأيت رسول الله ﷺ يكبر أيام التشريق [من صلاة الظهر] يوم النحر حتى خرج من منى، يكبر في دبر كل صلاة».
[طب، طس، «الضعيفة» (5390، 5577)].

(Sangat Lemah)
Daripada Syuraih bin Abrahah RA berkata: Aku melihat Rasulullah SAW bertakbir pada hari Tasyriq [dari solat Zohor] pada hari raya sehingga baginda keluar dari Mina. Baginda akan bertakbir setiap kali selepas solat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5390, 5577].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

pada hari raya sehingga baginda keluar dari Mina]