TEKS BAHASA ARAB
لو يعلم أهل الجمع بمن حلوا؛ لاستبشروا بالفضل بعد المغفرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika orang yang melakukan jamak mengetahui dengan siapa mereka menetap nescaya mereka akan bergembira dengan kemuliaan selepas keampunan
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 751, hadis nombor 3843. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: سمعت رسول الله ﷺ ونحن بمنى يقول: «لو يعلم أهل الجمع بمن حلوا؛ لاستبشروا بالفضل بعد المغفرة».
[عد، ابن دوست في «الأمالي»، هب، طب، الجراح في «ستة مجالس من الأمالي»، «الضعيفة» (5106)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika kami di Mina: Jika orang yang melakukan jamak mengetahui dengan siapa mereka menetap nescaya mereka akan bergembira dengan kemuliaan selepas keampunan.
[Riwayat al-Kamil dalam al-Duafa' Libni 'Adi, Ibn Daust dalam ((al-Amali)), Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Jarrah dalam ((Sittah Majalis min al-Amali)). Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5106]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.