TEKS BAHASA ARAB
أنا أولى من وفى بذمته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku lebih layak untuk menunaikan hak perlindungannya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 765, hadis nombor 3898. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن عبدالرحمن بن البيلاني أن النبي ﷺ أتي برجل من المسلمين قد قتل معاهدا من أهل الذمة، فأمر به، فضرب عنقه، وقال: «أنا أولى من وفى بذمته». [ش، عب، قط، أبو داود في «المراسيل»، الطحاوي، هق، «الضعيفة» (460)].
(Munkar) Daripada Abd al-Rahman bin al-Bailamani bahawa Nabi SAW didatangkan dengan seorang lelaki dari kaum Muslimin yang telah membunuh seorang muahid dari ahli zimmah (yang mendapat perlindungan), lalu dia diarahkan datang, lalu dipenggal lehernya dan baginda bersabda: “Aku lebih layak untuk menunaikan hak perlindungannya.” [Riwayat Musannaf Ibn Abi Syaibah, Musannaf Abd al-Razzaq, Sunan al-Daraqutni, Abu Daud dalam al-Marasil, al-Tahawi dalam al-Musykil, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 460]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.