Jauhilah kamu akan zina kerana pada zina itu ada enam keburukan

TEKS BAHASA ARAB

إياكم والزنا؛ فإن في الزنا ست خصال؛ ثلاث في الدنيا، وثلاث في الآخرة، فأما اللواتي في دار الدنيا؛ فذهاب نور الوجه، وانقطاع الرزق، وسرعة الفناء، وأما اللواتي في الآخرة؛ فغضب الرب، وسوء الحساب، والخلود في النار؛ إلا أن يشاء الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah kamu akan zina, kerana pada zina itu ada enam keburukan. Tiga di dunia dan tiga di akhirat. Keburukan di dunia adalah hilangnya seri pada wajah, terputusnya rezeki dan kemusnahan yang cepat. Keburukan di akhirat pula adalah kemurkaan tuhan, hisab yang teruk dan kekal di dalam neraka kecuali dengan izin Allah (jika Allah mahu mengubahnya).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 765, hadis nombor 3899. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه – مرفوعاً: «إياكم والزنا؛ فإنّ في الزناست خصال؛ ثلاث في الدنيا، وثلاث في الآخرة، فأما اللواتي في دار الدنيا؛ فذهاب نور الوجه، وانقطاع الرزق، وسرعة الفناء، وأما اللواتي في الآخرة؛ فغضب الرب، وسوء الحساب، والخلود في النار؛ إلا أن يشاء الله». [خط، ابن الجوزي، «الضعيفة» (142)].

(Palsu) Daripada Anas RA berkata secara marfu’: “Jauhilah kamu akan zina, kerana pada zina itu ada enam keburukan. Tiga di dunia dan tiga di akhirat. Keburukan di dunia adalah hilangnya seri pada wajah, terputusnya rezeki dan kemusnahan yang cepat. Keburukan di akhirat pula adalah kemurkaan Tuhan, hisab yang teruk dan kekal di dalam neraka kecuali dengan izin Allah (jika Allah mahu mengubahnya).” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 142]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs