Aku dikurniakan kekuatan tempur dan jimak yang menyamai empat puluh orang lelaki

TEKS BAHASA ARAB

أعطيت قوة أربعين في البطش والنكاح وما من مؤمن إلا أعطي قوة عشرة وجعلت الشهوة على عشرة أجزاء وجعلت تسعة أجزاء منها في النساء وواحدة في الرجال ولولا ما ألقي عليهن من الحياء مع شهواتهن لكان لكل رجل تسع نسوة مغتلمات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku dikurniakan kekuatan tempur dan jimak yang menyamai empat puluh orang lelaki, manakala orang beriman pula diberikan kekuatan bersamaan sepuluh orang lelaki. Syahwat dibahagikan kepada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya diberikan kepada wanita dan satunya kepada lelaki. Jika tidak kerana wanita disiapkan dengan sifat malu dengan syahwat mereka, sudah tentu setiap lelaki memiliki sembilan orang wanita muda.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1102-1103, hadis nombor 5587. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أعطيت قوة أربعين في البطش والنكاح وما من مؤمن إلا أعطي قوة عشرة وجعلت الشهوة على عشرة أجزاء وجعلت تسعة أجزاء منها في النساء وواحدة في الرجال ولولا ما ألقي عليهن من الحياء مع شهواتهن لكان لكل رجل تسع نسوة مغتلمات. [طس، الضعيفة (6668)].

(Sangat lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA, beliau menceritakan: Rasulullah SAW bersabda:Aku dikurniakan kekuatan tempur dan jimak yang menyamai empat puluh orang lelaki, manakala orang beriman pula diberikan kekuatan bersamaan sepuluh orang lelaki. Syahwat dibahagikan kepada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya diberikan kepada wanita dan satunya kepada lelaki. Jika tidak kerana wanita disiapkan dengan sifat malu dengan syahwat mereka, sudah tentu setiap lelaki memiliki sembilan orang wanita muda. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6668]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs