Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يُبغِضُنا ولا يحسدُنا أحدٌ إلا ذيدَ [عن الحَوضِ] يومَ القيامةِ بسياطٍ من نارٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah seseorang yang membenci kami dan juga yang hasad terhadap kami melainkan dia diusir daripada telaga pada hari kiamat dengan cemeti daripada api neraka.
Sahabat Perawi
- Mu'awiyah bin Khudaij RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1348, hadis no. 6890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Mu'awiyah bin Khudaij RA telah berkata: Mu'awiyah Ibn Abi Sufyan RH telah menghantarku kepada al-Hasan bin 'Ali RA untuk aku meminang anak perempuan al-Hasan atau saudara perempuannya untuk Yazid. Aku pun pergi bertemu dengannya lalu aku menyebutkan Yazid kepada beliau, lantas al-Hasan berkata: Sesungguhnya kami adalah golongan yang tidak akan mengahwinkan wanita-wanita kami hinggalah kami berbincang dengan mereka, maka pergilah bertemu dengannya. Aku pun pergi bertemu dengan wanita itu lalu aku menyebutkan Yazid kepadanya, wanita itu pun berkata: Demi Allah! Perkara itu tidak akan berlaku hingga berlakunya kepada kami oleh sahabat kamu seperti yang telah dilakukan oleh Fir'aun terhadap Bani Israil, Fir'aun membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka! Aku pun kembali kepada al-Hasan, lalu aku pun berkata: Kamu telah menghantarku kepada salah seorang wanita yang ajaib! Dia menyebutkan Amir al-Mukminin sebagai Fir'aun. Al-Hasan pun berkata: Wahai Mu'awiyah! Janganlah kamu membenci kami kerana Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seseorang yang membenci kami dan juga yang hasad terhadap kami melainkan dia diusir daripada telaga pada hari kiamat dengan cemeti daripada api neraka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4918]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman