Aku dan para sahabatku adalah ahli iman dan amal sehingga tahun ke-40, ahli kebajikan dan takwa sehingga tahun ke-80

TEKS BAHASA ARAB

أنا وأصحابي أهل إيمان وعمل إلى أربعين وأهل بر وتقوى إلى الثمانين وأهل تواصل وتراحم إلى العشرين ومئة وأهل تقاطع وتدابر إلى الستين ومئة ثم الهرج والهرج الهرب الهرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku dan para sahabatku adalah ahli iman dan amal sehingga tahun ke-40, ahli kebajikan dan takwa sehingga tahun ke-80, mereka ahli penyambung ikatan persaudaraan dan kasih sayang sehingga tahun ke-120, mereka suka memutuskan ikatan persaudaraan dan saling membelakangi (bercerai-berai) hingga tahun ke-160, lalu setelah itu muncullah banyak peperangan dan fitnah (bencana) yang dasyat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 111, hadis nombor 219. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها أحاديث التواريخ المستقبلة وقد تقدمت الإشارة إليها. وهي كل حديث فيه إذا كانت سنة كذا وكذا حل كذا وكذا….وحديث: أنا وأصحابي أهل إيمان وعمل إلى أربعين وأهل بر وتقوى إلى الثمانين وأهل تواصل وتراحم إلى العشرين ومئة وأهل تقاطع وتدابر إلى الستين ومئة ثم الهرج الهرج الهرب الهرب".

Di antaranya (petanda hadis palsu) ialah hadis yang menyebut tarikh kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini.
Seperti hadis:
إَذَا كَانَتْ سَنَةُ كَذَا وَكَذَا حَلَّ كَذَا وَكَذَا
“Jika tahun sekian dan sekian maka akan terjadi peristiwa demikian dan demikian.” …dan hadis:
أنا وأَصْحَابِي أَهْلُ إِيمَانٍ وَعَمَلٍ إِلَى أَرْبَعِينَ وَأَهْلُ بِرٍّ وَتَقْوَى إِلَى الثَّمَانِينَ وَأَهْلُ تَوَاصُلٍ وَتَرَاحُمٍ إِلَى الْعِشْرِينَ وَمِئَةٍ وَأَهْلُ تَقَاطُعٍ وَتَدَابُرٍ إِلَى الْسِّتِّينَ وَمِئَةٍ ثُمَّ الْهَرَجَ الْهرج الهرب الهرب.
“Para sahabatku adalah ahli iman dan amal sehingga tahun ke-40, ahli kebajikan dan takwa sehingga tahun ke-80, mereka ahli penyambung ikatan persaudaraan dan kasih sayang sehingga tahun ke-120, mereka suka memutuskan ikatan persaudaraan dan saling membelakangi (bercerai-berai) hingga tahun ke-160, lalu setelah itu muncullah banyak peperangan dan fitnah (bencana) yang dasyat.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs