TEKS BAHASA ARAB
أنا أقاتل على تنزيل القرآن، وعلي يقاتل على تأويله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku berperang berdasarkan penurunan al-Quran dan Ali berperang di atas takwilannya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1489, hadis nombor 7594. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن الأخضر بن أبي الأخضر عن النبي – صلى الله عليه وسلم – به. وقال: أنا أقاتل على تنزيل القرآن، وعلي يقاتل على تأويله. [ابن السكن في ((الصحابة))، ((الضعيفة)) (4911)]
(Sangat Lemah)
Daripada al-Akhdar bin Abi al-Akhdar daripada Nabi SAW: Aku berperang kerana penurunan al-Quran dan Ali berperang kerana takwilannya. [Riwayat Ibn al-Sakan fi al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4911]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.