Sesungguhnya Allah apabila menyukai hamba-Nya dan hendak menyucikannya maka Allah menimpakan baginya bala

TEKS BAHASA ARAB

إن الله إذا أحب عبد اً وأراد أن يصافيه؛ صب عليه البلاء صباً، وثجه عليه ثجاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah apabila menyukai hamba-Nya dan hendak menyucikannya maka Allah menimpakan baginya bala dan mencurahkan ke atasnya curahan yang berterusan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1479, hadis nombor 7595. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك مرفوعاً: إن الله إذا أحب عبد اً وأراد أن يصافيه؛ صب عليه البلاء صباً، وثجه عليه ثجاً؛ فإذا دعا العبد قال: يا رباه! قال الله: "لبيك عبد ي! لا تسألني شيئاً إلا أعطيتك؛ إما أن أعجله لك، وإما أن أدخره لك". [ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات))، ((الضعيفة)) (4993)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: “Sesungguhnya Allah apabila menyukai hamba-Nya dan hendak menyucikannya maka Allah menimpakan baginya bala dan mencurahkan ke atasnya curahan yang berterusan, apabila hamba tersebut berdoa: Wahai Tuhanku! Maka Allah berkata: Aku menyahut seruanmu wahai hamba-Ku, tidaklah kamu meminta kepada-Ku melainkan Aku akan memberikan kepadamu sama ada dipercepatkannya bagimu atau disimpannya bagimu (di akhirat kelak).” [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Maradh wa al-Kaffarat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4993]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.