Akhlak yang baik akan mencairkan dosa-dosa sebagaimana air mencairkan ais

TEKS BAHASA ARAB

الخلق الحسن يذيب الخطايا كما يذيب الماء الجليد، والخلق السوء يفسد العمل كما يفسد الخل العسل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akhlak yang baik akan mencairkan dosa-dosa sebagaimana air mencairkan ais. Dan sesungguhnya akhlak yang buruk merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 15, hadis nombor 13. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((الخلق الحسن يذيب الخطايا كما يذيب الماء الجليد، [والخلق السوء يفسد العمل كما يفسد الخل العسل])).
[طب، طس، أبو محمد القاري في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (441)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akhlak yang baik akan mencairkan dosa-dosa sebagaimana air mencairkan ais. Dan sesungguhnya akhlak yang buruk merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Muhammad al-Qari dalam Hadisi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.441]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs