TEKS BAHASA ARAB
خيار أمتي أحداؤهم، إذا غضبوا؛ رجعوا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik umatku adalah yang paling kuat adalah apabila mereka marah, mereka akan kembali (berjaya mengawal perasaan marah).
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 15, hadis nombor 14. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((خيار أمتي أحداؤهم، إذا غضبوا؛ رجعوا)).
[ابن شاذان في ((فوائد ابن قانع وغيرة))، السلفي في ((الطيوريات))، عق، تمام، ((الضعيفة)) (29)]
(Batil) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik umatku adalah yang paling kuat adalah apabila mereka marah, mereka akan kembali (berjaya mengawal perasaan marah).
[Riwayat Ibn Syazan di dalam Fawa’id Ibn Qani’ dan selainnya, al-Silafi dalam al-Thuyuriyyaat, Tammam, al-‘Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.29]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.