Adapun jika kamu memburu dengan batu akik, nescaya aku akan mengikutimu ketika kamu pergi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أما لو كنت تصيد بالعقيق؛ لشيّعتك إذا ذهبت، وتلقيتك إذا جئت؛ فإني أحب العقيق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun jika kamu memburu dengan batu akik, nescaya aku akan mengikutimu ketika kamu pergi dan aku akan menemuimu ketika kamu datang, kerana sesungguhnya aku suka akan batu akik.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 420, hadis nombor 2260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن سلمة بن الأكوع – رضي الله عنه -، قال: كنت أرمى الوحش أصيدها، وأهدي لحومها إلى رسول الله ﷺ، ففقدني رسول الله ﷺ، فقال: «سلمة! أين تكون؟». فقلت: نبعد على الصيد يا رسول الله! فإنما نصيد بصدور قناة، من نحو بيت، فقال: «أما لو كُنتَ تَصيدُ بالعقيقِ؛ لشَيَّعتُكَ إذا ذَهَبتَ، وتلقَّيتُكَ إذا جِئتَ، فإنِّي أحبُّ العَقيقَ». [طب، «الضعيفة» (5869)].

(Sangat Munkar) Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA, beliau berkata: Aku pernah membunuh seekor binatang liar yang aku buru dan aku hadiahkan dagingnya kepada Rasulullah ﷺ. Lalu Rasulullah ﷺ mendapati aku telah hilang, lantas baginda bersabda: "Salamah! Di manakah kamu?". Maka aku menjawab: "Kami pergi untuk memburu, wahai Rasulullah! Kami hanya memburu di hulu terusan, pada arah sebuah rumah". Baginda pun bersabda: "Adapun jika kamu memburu dengan batu akik, nescaya aku akan mengikutimu ketika kamu pergi dan aku akan menemuimu ketika kamu datang, kerana sesungguhnya aku suka akan batu akik". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5869].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.