TEKS BAHASA ARAB
وأما ما يزاد بعد قوله صلى الله عليه وسلم:(اللهم أنت السلام، ومنك السلام…) من نحو: وإليك يرجع السلام، فحينا ربنا بالسلام، وأدخلنا دار السلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Adapun apa yang ditambah selepas sabda Nabi SAW: (اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلامُ وَمِنْكَ السَّلامُ) hinggalah (وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ السَّلامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلامِ وَأَدْخِلْنَا دَارَ السَّلامِ).
STATUS
Tiada Asal
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 267, hadis nombor 472. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وقال الشيخ محمد الجزري في شرح المصابيح: وأما ما يزاد بعد قوله صلى الله عليه وسلم:(اللهم أنت السلام، ومنك السلام…) من نحو: وإليك يرجع السلام، فحينا ربنا بالسلام، وأدخلنا دار السلام. فلا أصل له بل هو مختلق بعض القصاص.
Dan kata Syeikh Muhammad al-Jazari dalam Kitab Sharah al-Masabih: Adapun apa yang ditambah selepas sabda Nabi SAW:
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلامُ وَمِنْكَ السَّلامُ hinggalah وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ السَّلامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلامِ وَأَدْخِلْنَا دَارَ السَّلامِ.
Tiada asal baginya bahkan ia direka oleh sebahagian penglipurlara.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.