Pada malam aku dibawa naik ke langit, peluhku telah jatuh ke bumi lalu telah tumbuh daripadanya bunga ros

TEKS BAHASA ARAB

ليلة أسري بي إلى السماء سقط إلى الأرض من عرقي، فنبت منه الورد، فمن أراد أن يشم رائحتي فليشم الورد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam aku dibawa naik ke langit, peluhku telah jatuh ke bumi lalu telah tumbuh daripadanya bunga ros, sesiapa yang mahu menghidu bauku maka hidulah bunga ros.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 272, hadis nombor 478. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومن الأحاديث الموضوعة: ما ذكره ابنُ عَدِي في ترجمة (الحسن بن علي بن زكريا بن صالح العدوي البصري الملقب بالذئب)، عن الحسين أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ليلة أسري بي إلى السماء سقط إلى الأرض من عرقي، فنبت منه الورد، فمن أراد أن يشم رائحتي فليشم الورد.

Dan daripada hadis-hadis palsu: Apa yang disebutkan oleh Ibn Adi dalam biodata al-Hasan bin Ali bin Zakaria bin Salih al-Adawi al-Basri yang digelar serigala, daripada al-Husain bahawa Nabi SAW telah bersabda: Pada malam aku dibawa naik ke langit, peluhku telah jatuh ke bumi lalu telah tumbuh daripadanya bunga ros, sesiapa yang mahu menghidu bauku maka hidulah bunga ros.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.