Adalah Rasulullah ﷺ apabila tiba tengah hari, baginda akan keluar menuju kepada beberapa kebun Madinah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله ﷺ إذا استوى النهار؛ خرج إلى بعض حيطان المدينة، وقد يسر له فيها طهور، فإن كانت له حاجة؛ قضاها، وإلا؛ تطهر، فإذا زالت الشمس عن كبد السماء قدر شراك؛ قام فصلى أربع ركعات، ولم يتشهد بينهن، وسلم في آخر الأربع، ثم يقوم فيأتي المسجد. فقال ابن عباس: يا رسول الله! ما هذه الصلاة التي تصليها ولا نصليها؟ قال: ابن عباس! من صلاهن من أمتي؛ فقد أحيى ليلته، ساعة يفتح فيها أبواب السماء، ويستجاب فيها الدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah Rasulullah ﷺ apabila tiba tengah hari, baginda akan keluar menuju kepada beberapa kebun Madinah dalam keadaan telah dimudahkan baginya untuk bersuci di situ. Sekiranya baginda memiliki hajat (untuk membuang air), nescaya baginda akan membuangnya, sekiranya tidak, baginda akan bersuci. Apabila matahari tergelincir dari tengah langit dengan kadar tali capal, baginda akan menunaikan solat empat rakaat tanpa bertasyahud antara rakaat. Baginda akan memberi salam pada penghujung empat rakaat tadi. Kemudian barulah baginda bangun dan datang ke masjid. Ibn ‘Abbas bertanya: Wahai Rasulullah, solat apakah yang kamu lakukan tadi sedangkan kami tidak pernah melakukannya? Baginda menjelaskan: Ibn ‘Abbas, sesiapa dalam kalangan umatku yang melakukannya, nescaya dia telah menghidupkan malamnya. Suatu waktu ketika pintu-pintu langit terbuka dan doa diperkenankan ketika itu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 374, hadis nombor 1985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: «كان رسول الله ﷺ إذا استوى النهار؛ خرج إلى بعض حيطان المدينة، وقد يسر له فيها طهور، فإن كانت له حاجة؛ قضاها، وإلا؛ تطهر، فإذا زالت الشمس عن كبد السماء قدر شراك؛ قام فصلى أربع ركعات، ولم يتشهد بينهن، وسلم في آخر الأربع، ثم يقوم فيأتي المسجد. فقال ابن عباس: يا رسول الله! ما هذه الصلاة التي تصليها ولا نصليها؟ قال: ابن عباس! من صلاهن من أمتي؛ فقد أحيى ليلته، ساعة يفتح فيها أبواب السماء، ويستجاب فيها الدعاء». [طب، «الضعيفة» (6727)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: "Adalah Rasulullah ﷺ apabila tiba tengah hari, baginda akan keluar menuju kepada beberapa kebun Madinah dalam keadaan telah dimudahkan baginya untuk bersuci di situ. Sekiranya baginda memiliki hajat (untuk membuang air), nescaya baginda akan membuangnya, sekiranya tidak, baginda akan bersuci. Apabila matahari tergelincir dari tengah langit dengan kadar tali capal, baginda akan menunaikan solat empat rakaat tanpa bertasyahud antara rakaat. Baginda akan memberi salam pada penghujung empat rakaat tadi. Kemudian barulah baginda bangun dan datang ke masjid. Ibn ‘Abbas bertanya: Wahai Rasulullah, solat apakah yang kamu lakukan tadi sedangkan kami tidak pernah melakukannya? Baginda menjelaskan: Ibn ‘Abbas, sesiapa dalam kalangan umatku yang melakukannya, nescaya dia telah menghidupkan malamnya. Suatu waktu ketika pintu-pintu langit terbuka dan doa diperkenankan ketika itu". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6727].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.