Solat fardu itu di masjid

TEKS BAHASA ARAB

الفريضة في المسجد – أو المساجد -، والتطوع في البيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat fardu itu di masjid – atau masjid-masjid –, manakala solat sunat itu pula di rumah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 374, hadis nombor 1984. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاوية بن قرة، قال: حدثني الثلاثة الرهط الذين سألوا عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – عن الصلاة في المسجد – يعنى: التطوع – فقال عمر – رضي الله عنه -: سألتموني عما سألت عنه رسول الله ﷺ قال : «الفريضة في المسجد – أو المساجد -، والتطوع في البيت». [أبو يعلى في «مسنده الكبير»، «الضعيفة» (6527)].

(Lemah) Daripada Mu’awiyah bin Qurrah, beliau berkata: sekumpulan tiga orang telah menceritakan kepadaku, yang mereka ini telah bertanya kepada Umar bin al-Khattab RA tentang solat di masjid – iaitu solat sunat –. Maka Umar RA berkata: Kalian telah bertanya kepadaku tentang apa yang telah aku tanyakan kepada Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda: "Solat fardu itu di masjid – atau masjid-masjid –, manakala solat sunat itu pula di rumah". [Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6527].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs