Adakah kamu tidak takjub dengan Usamah?!

TEKS BAHASA ARAB

ألا تعجبون من أسامة؟! اشترى إلى شهر! إن أسامة لطويل الأمل. والذي نفسي بيده! ما طرفت عيناي إلا ظننت أن شفري لا يلتقيان حتى يقبض الله روحي، ولا رفعت طرفي فظننت أني واضعه حتى أقبض، ولا لقمت لقمة إلا ظننت أني لا أسيغها حتى أغص بها من الموت، يا بني آدم! إن كنتم تعقلون فعدوا أنفسكم من الموتى. والذي نفسي بيده؛ ﴿إِنَّ مَا تُوعَدُونَ لَأَتٍ ۖ وَمَآ أَنتُم بِمُعْجِزِينَ﴾.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu tidak takjub dengan Usamah?! Dia membeli secara tangguh selama sebulan! Sesungguhnya Usamah mempunyai cita-cira yabg panjang. Demi jiwaku di tangan-Nya! Tidaklah berkelip mataku melainkan aku menyangka kelopak mataku tidak bertemu sehingga Allah mencabut nyawaku, dan tidak pula aku mengangkat pandanganku lalu aku menyangka aku meletakkannya sehingga aku dimatikan, dan aku juga tidak merasa atau mengambil sesuap pun daripadamu tanpa menyangka bahawa aku tidak akan menelannya sehingga aku tercekik dengan kematian. Wahai Anak Adam! Jika kamu berakal, maka anggaplah diri kamu sebagai mayat Demi jiwaku di tangan-Nya, ﴾Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti akan datang dan tidaklah kamu orang-orang yang menolak﴿.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2030, hadis nombor 10209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: اشترى أسامة ابن زيد بن ثابت وليدة بمئة دينار إلى شهر، فسمعت رسول الله ﷺ يقول: ألا تعجبون من أسامة؟! اشترى إلى شهر! إن أسامة لطويل الأمل. والذي نفسي بيده! ما طرفت عيناي إلا ظننت أن شفري لا يلتقيان حتى يقبض الله روحي، ولا رفعت طرفي فظننت أني واضعه حتى أقبض، ولا لقمت لقمة إلا ظننت أني لا أسيغها حتى أغص بها من الموت، يا بني آدم! إن كنتم تعقلون فعدوا أنفسكم من الموتى. والذي نفسي بيده، ﴿ إِنَّ مَاتُوعَدُونَ لَأَتٍ ۖ وَمَآ أَنتُم بِمُعْجِزِينَ﴾.
[ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4977)]

(Lemah)
Daripada Abu Said al-Khudri RA, berkata: Usamah Ibn Zaid Ibn Thabit telah membeli seorang hamba perempuan sebanyak 100 dinar selama sebulan, maka aku dengar Rasulullah SAW berkata: Adakah kamu tidak takjub dengan Usamah?! Dia membeli secara tangguh selama sebulan! Sesungguhnya Usamah mempunyai cita-cira yabg panjang. Demi jiwaku di tangan-Nya! Tidaklah berkelip mataku melainkan aku menyangka kelopak mataku tidak bertemu sehingga Allah mencabut nyawaku, dan tidak pula aku mengangkat pandanganku lalu aku menyangka aku meletakkannya sehingga aku dimatikan, dan aku juga tidak merasa atau mengambil sesuap pun daripadamu tanpa menyangka bahawa aku tidak akan menelannya sehingga aku tercekik dengan kematian. Wahai Anak Adam! Jika kamu berakal, maka anggaplah diri kamu sebagai mayat Demi jiwaku di tangan-Nya, ﴾Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti akan datang dan tidaklah kamu orang-orang yang menolak﴿.
[Riwayat Ibn Abu Dunya dalam Qasr al-Amal, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4977]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs