Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada pegangan

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شئ صقالة، وإن صقالة القلوب ذكر الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada pegangannya, dan pegangan bagi hati adalah dengan mengingati Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2030, hadis nombor 10208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – عن النبي ﷺ أنه كان يقول: إن لكل شئ صقالة، وإن صقالة القلوب ذكر الله.
[هب، ((الضعيفة)) (4987)]

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Umar RA, daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda bersabda: Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada pegangannya, dan pegangan bagi hati adalah dengan mengingati Allah.
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Syu’ab. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4987]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs