Al-Kifl adalah daripada bani Israel

TEKS BAHASA ARAB

كان الكفل من بني إسرائيل، لا يتورع عن ذنب عمله، فأتته امرأة فأعطاها ستين دينارا على أن يطأها فلما قعد منها مقعد الرجل من امرأته أرعدت وبكت… الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Kifl adalah daripada bani Israel. Dia tidak pernah rasa takut dengan dosa yang dia lakukan. Maka pada suatu hari telah datang seorang wanita memberinya 60 dinar untuk melakukan zina bersamanya, apabila dia duduk padanya seperti mana suami duduk bersama isterinya, perempuan itu takut dan menangis… Hingga akhir al-Hadith.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2023, hadis nombor 10171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر – رضي الله عنه – مرفوعا: كان الكفل من بني إسرائيل، لا يتورع عن ذنب عمله، فأتته امرأة فأعطاها ستين دينارا على أن يطأها فلما قعد منها مقعد الرجل من امرأته أرعدت وبكت… الحديث.
[ت، حم، ع، ك، هب، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4083)]

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): al-Kifl adalah daripada bani Israel. Dia tidak pernah rasa takut dengan dosa yang dia lakukan. Maka pada suatu hari telah datang seorang wanita memberinya 60 dinar untuk melakukan zina bersamanya, apabila dia duduk padanya seperti mana suami duduk bersama isterinya, perempuan itu takut dan menangis… Hingga akhir al-Hadith.
[Riwayat Sunan al-Tirmidzi, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, abu Ya’la dalam Musnadnya, al-Hakim dalam Mustadrak al-Hakim, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4083]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.