TEKS BAHASA ARAB
قولوا: سبحان الله وبحمده مئة مرة، من قالها مرة كتبت له عشرا، ومن قالها عشرا كتبت له مئة، ومن قالها مئة كتبت له ألفا، ومن زاد زاده الله، ومن استغفر الله غفر له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ucapkanlah: SubhanAllah wa bi hamdihi (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak 100 kali. Sesiapa yang mengucapkannya sekali, maka Allah mencatatkan untuknya 10 ganjaran pahala, sesiapa yang mengucapkannya 10 kali, maka Allah akan mencatatkan untuknya 100 ganjaran pahala, sesiapa yang mengucapkannya 100 kali, maka Allah akan mencatatkan untuknya 1000 kali, sesiapa yang mengucapkan banyak kali, maka begitu juga dengan Allah yang mencatatkan banyak ganjaran pahala untuknya, dan sesiapa yang memohon ampunan atau beristighfar kepada Allah, maka Allah akan memberi keampunan kepadanya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2023, hadis nombor 10170. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن ابن عمر – رضي الله عنه – مرفوعا: قولوا: سبحان الله وبحمده مئة مرة، من قالها مرة كتبت له عشرا، ومن قالها عشرا كتبت له مئة، ومن قالها مئة كتبت له ألفا، ومن زاد زاده الله، ومن استغفر الله غفر له.
[ت، ((الضعيفة)) (4067)]
(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ucapkanlah: SubhanAllah wa bi hamdihi (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak 100 kali. Sesiapa yang mengucapkannya sekali, maka Allah mencatatkan untuknya 10 ganjaran pahala, sesiapa yang mengucapkannya 10 kali, maka Allah akan mencatatkan untuknya 100 ganjaran pahala, sesiapa yang mengucapkannya 100 kali, maka Allah akan mencatatkan untuknya 1000 kali, sesiapa yang mengucapkan banyak kali, maka begitu juga dengan Allah yang mencatatkan banyak ganjaran pahala untuknya, dan sesiapa yang memohon ampunan atau beristighfar kepada Allah, maka Allah akan memberi keampunan kepadanya.
[Riwayat Sunan al-Tirmidzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4067]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.