Abdul Qais menerima Islam secara sukarela

TEKS BAHASA ARAB

أسلمت عبد القيس طوعا، وأسلم الناس كرها، فبارك الله في عبد القيس وموالي عبد القيس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Abdul Qais menerima Islam secara sukarela, orang lain menerimanya secara paksa. Moga Allah SWT memberkati Abdul Qais dan hamba-hambanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1816, hadis nombor 9154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سليمان بن نافع العبدي – بحلب -، قال: قال لي أبي: وفد المنذر بن ساوى من البحرين فذكر قدومه مع وفد عبد القيس، وفيه: فقال لهم النبي صلى الله عليه وسلم: أسلم عبد القيس طوعا، وأسلم الناس كرها، فبارك الله في عبد القيس وموالي عبد القيس. [إبن راهويه، ((الضعيفة)) (2770)]

(Lemah) Daripada Sulaiman bin Nafi’ al-‘Abdi (dari Aleppo) berkata: Ayah aku berkata: Al-Munzir bin Sawa tiba dari Bahrain, dia menyebut ketibaannya bersama ketibaan Abdul Qais. Nabi SAW bersabda kepada mereka: Abdul Qais menerima Islam secara sukarela, orang lain menerimanya secara paksa. Moga Allah SWT memberkati Abdul Qais dan hamba-hambanya. [Riwayat Ibn Rahawaih. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 2770]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs