Bani Aslam, Allah telah memberi keamanan kepada mereka

TEKS BAHASA ARAB

أسلم سالمها الله، وغفار غفر الله لها، وتجيب أجابت الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bani Aslam, Allah telah memberi keamanan kepada mereka. Bani Ghiffar, Allah telah ampunkan mereka. Bani Tujib, mereka mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1816, hadis nombor 9155. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن سندر الجذامي – رضي الله عنه – مرفوعا: أسلم سالمها الله، وغفار غفر الله لها، وتجيب أجابت الله -عز وجل-. [البزار، فر، ((الضعيفة)) (2771)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Sandar al-Juzami RA berkata, Nabi SAW bersabda: Bani Aslam, Allah telah memberi keamanan kepada mereka. Bani Ghiffar, Allah telah ampunkan mereka. Bani Tujib, mereka mematuhi Allah dan Rasul-Nya. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 2771]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs