TEKS BAHASA ARAB
حديث: إنه قصده صلى الله عليه وآله وسلم أربعون رجلا من اليهود ونازعوه في المفاضلة بينه وبين موسى، واحتجوا عليه واحتج عليهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : 40 orang lelaki dari kalangan Yahudi telah pergi berjumpa Nabi dan bertengkar dengan Nabi tentang kelebihan antara Baginda dan Nabi Musa, mereka berhujah dengan Nabi dan Nabi berhujah dengan mereka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 323, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو حديث موضوع، وقد ساقه في اللآلىء بطوله.
Ia hadis palsu, pengarang al-Laali’ menyebutkan hadis ini dengan panjang.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.