Jika kamu seorang nabi maka apakah yang akan bersamaku?

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنه وفد إلى النبي صلى الله عليه وآله وسلم أعرابي. فقال: إن تكن نبيا فما معي؟ فأخبره بأن معه فرخي حمام وأمهما فوقهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Rombongan orang badwi datang berjumpa Nabi SAW. Dia berkata: Jika kamu seorang Nabi maka apakah yang akan bersamaku? Lalu baginda memberitahunya bahawa bersamanya ada dua ekor anak burung merpati dan ibu mereka di atasnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 323, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن زيد بن أرقم مرفوعًا، وقال: هذا حديث منكر جدًا عجيب الإسناد لم أكتبه إلا من هذا الوجه، وما أبعد أن يكون من وضع محمد بن الفرخان بن روزبة الدوري.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Zaid bin Arqam secara marfu’. Dia berkata: Hadis ini sangat munkar dan sanadnya pelik. Aku tidak menulisnya kecuali dengan jalan ini. Boleh jadi ia adalah rekaan Muhammad bin al-Farkhan bin Rauzabah al-Duri.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.