ِAl-Sakhrah yakni batu Baitulmaqdis di atas sebuah pohon

TEKS BAHASA ARAB

الصخرة صخرة بيت المقدس على نخلة ، والنخلة على نهر من أنهار الجنة، وتحت النخلة آسية امرأة فرعون ومريم بنت عمران، ينظمان سموط أهل الجنة إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

ِAl-Sakhrah yakni batu Baitulmaqdis di atas sebuah pohon. Pohon tersebut di atas sungai daripada sungai-sungai syurga. Di bawah pohon itu ada Asiah isteri Firaun dan Maryam binti ‘Imran. Mereka berdua menyusun kalungan ahli syurga sehingga hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1792, hadis nombor 9034. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبادة بن الصامت -رضي الله عنه- مرفوعا: الصخرة صخرة بيتِ المقدس على نخلة، والنخلة على نهر من أنهار الجنّة، وتحت النخلة آسية امرأة فرعون، ومريم بنت عمران ينظمان سموط أهل الجنة إلى يوم القيامة. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1252)]

(Palsu) Daripada ‘Ubadah bin Somit RA, Nabi SAW bersabda: "Al-Sakhrah yakni batu Baitulmaqdis di atas sebuah pohon. Pohon tersebut di atas sungai daripada sungai-sungai syurga. Di bawah pohon itu ada Asiah isteri Firaun dan Maryam binti ‘Imran. Mereka berdua menyusun kalungan ahli syurga sehingga hari kiamat." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1252]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs