Orang Sudan yang terbaik ada tiga

TEKS BAHASA ARAB

خير السودان ثلاثة: لقمان، وبلال، ومهجع مولى رسول الله ﷺ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang Sudan yang terbaik ada tiga: Luqman, Bilal dan Mihja’ bekas hamba Rasulullah SAW.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1792, hadis nombor 9032. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: خير السودانِ ثلاثة: لقمان، وبلال، ومهجع مولى رسول الله ﷺ. [ك، (الضعيفة) (1455)]

(Munkar) Daripada Waathilah bin al-Asqo’ berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Orang Sudan yang terbaik ada tiga: Luqman, Bilal dan Mihja’ bekas hamba Rasulullah SAW." [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1455]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs