Sesiapa yang berdoa dengan menyebut nama ini: “Ya Allah Engkau adalah Zat Yang Maha Hidup dan tidak mati,

Teks Bahasa Arab

مَنْ دَعَا بِهَذِهِ الأَسْمَاءِ اللَّهُمَّ أَنْتَ حَيٌّ لا تَمُوتُ وَغَالِبٌ لا تُغْلَبُ وَبَصِيرٌ لا تَرْتَابُ وَسَمِيعٌ لا تَشُكُّ وَصَادِقٌ لا تَكْذِبُ وَصَمَدٌ لا تُطْعِمُ وَعَالِمٌ لا تُعْلَّمُ” إِلَى أن قال: “فوالذي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ لَوْ دُعِيَ بِهَذِهِ الدَّعَوَاتِ عَلَى صَفَائِحِ الْحَدِيدِ لَذَابَتْ وَعَلَى مَاءٍ جَارٍ لَسَكَنَ وَمَنْ دَعَا عِنْدَ مَنَامِهِ بِهَا بُعِثَ بِكُلِّ حَرْفٍ مِنْهَا سبع مئة أَلْفِ مَلَكٍ يُسَبِّحُونَ لَهُ وَيَسْتَغْفِرُونَ لَهُ

Teks Bahasa Malaysia

“Sesiapa yang berdoa dengan menyebut nama ini: “Ya Allah Engkau adalah Zat Yang Maha Hidup dan tidak mati, Engkau al-Ghalib dan tidak dikalahkan, Engkau Maha Melihat dan tidak ragu-ragu. Engkau Maha Mendengar dan tidak pernah bimbang, Engkau Maha Benar dan tidak berdusta, Engkau adalah tempat bergantung dan tidak diberi makan, Engkau Maha Mengetahui dan tidak diajar – sehingga perkataan – Maka demi Zat yang telah mengutusku dengan kebenaran, seandainya dipohon dengan menyebutkan doa-doa di atas pedang-pedang besi, nescaya akan tenang.” Dan sesiapa yang berdoa dengan doa ini ketika tidur akan diutus kepadanya daripada tiap-tiap hurufnya 700,000 malaikat yang bertasbih kepadanya dan meminta ampun untuknya.”

Status
  • Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Kata Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif

وَمِنْ ذَلِكَ مَا رَوَاهُ ابْنُ مَنْدَهْ مِنْ حَدِيثِ أَحْمَدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْجُوَيْبَارِيِّ الْكَذَّابِ عَنْ شَقِيقٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ أَدْهَمَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي زِيَادٍ عَنِ أويس القرني عَنْ عُمَرَ وَعَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ تعالى عنهم عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

Contoh lain [hadis palsu] adalah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mandah daripada hadis Ahmad bin Abdullah al-Juwaibari al-Kazzab (si pendusta), daripada Syaqiq daripada Ibrahim bin Adham daripada Yazid bin Abi Ziyad daripada Uwais al-Qarni daripada Umar dan Ali daripada Nabi SAW:

مَنْ دَعَا بِهَذِهِ الأَسْمَاءِ اللَّهُمَّ أَنْتَ حَيٌّ لا تَمُوتُ وَغَالِبٌ لا تُغْلَبُ وَبَصِيرٌ لا تَرْتَابُ وَسَمِيعٌ لا تَشُكُّ وَصَادِقٌ لا تَكْذِبُ وَصَمَدٌ لا تُطْعِمُ وَعَالِمٌ لا تُعْلَّمُ” إِلَى أن قال: “فوالذي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ لَوْ دُعِيَ بِهَذِهِ الدَّعَوَاتِ عَلَى صَفَائِحِ الْحَدِيدِ لَذَابَتْ وَعَلَى مَاءٍ جَارٍ لَسَكَنَ

“Sesiapa yang berdoa dengan menyebut nama ini: “Ya Allah Engkau adalah Zat Yang Maha Hidup dan tidak mati, Engkau al-Ghalib dan tidak dikalahkan, Engkau Maha Melihat dan tidak ragu-ragu. Engkau Maha Mendengar dan tidak pernah bimbang, Engkau Maha Benar dan tidak berdusta, Engkau adalah tempat bergantung dan tidak diberi makan, Engkau Maha Mengetahui dan tidak diajar – sehingga perkataan – Maka demi Zat yang telah mengutusku dengan kebenaran, seandainya dipohon dengan menyebutkan doa-doa di atas pedang-pedang besi, ? nescaya akan tenang.”

وَمَنْ دَعَا عِنْدَ مَنَامِهِ بِهَا بُعِثَ بِكُلِّ حَرْفٍ مِنْهَا سبع مئة أَلْفِ مَلَكٍ يُسَبِّحُونَ لَهُ وَيَسْتَغْفِرُونَ لَهُ

Dan sesiapa yang berdoa dengan doa ini ketika tidur akan diutus kepadanya daripada tiap-tiap hurufnya 700,000 malaikat yang bertasbih kepadanya dan meminta ampun untuknya.”[i]

وَتَابِعُهُ كَذَّابٌ آخَرَ وَهُوَ الْحُسَيْنُ بْنُ دَاوُدَ الْبَلْخِيُّ عَنْ شَقِيقٍ وَرَوَى جُمْلَةً مِنْهُ كَذَّابٌ آخَرَ هُوَ سُلَيْمَانُ بْنُ عِيسَى عَنِ الثَّوْرِيِّ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ أَدْهَمَ

[Hadis Ibnu Jauzi ini dibawa pula oleh] seorang pendusta yang lain iaitu al-Husain bin Daud al-Balkhi daripada Syaqiq. Diriwayatkan pula oleh pendusta lainnya, Sulaiman bin Isa dikatakan daripada Thauri daripada Ibrahim bin Adham.

وَهَذَا وَأَمْثَالُهُ مِمَّا لا يَرْتَابُ مَنْ لَهُ أَدْنَى مَعْرِفَةٍ بِالرَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَلامِهِ أَنَّهُ مَوْضُوعٌ مُخْتَلَقٌ وَإِفْكٌ مُفْتَرَى عَلَيْهِ

Hadis ini dan yang sepertinya, bagi orang yang sedikit pengetahuannya mengenai Rasul dan sabdanya pun tahu bahawa ianya palsu dan satu penipuan atas Nabi.


[i]  Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam kitab al-Maudhu’at. Beliau berkata: Hadis ini palsu.

Rujukan

Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. . (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, halaman 31-32.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!