Yahudi tidak mencemburui kita dengan apa-apa perkara pun sepertimana mereka mencemburui kita dengan tiga perkara

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لم يحسدونا اليهود بشيء ما حسدونا بثلاث: (التسليم)، و(التأمين)، و(اللهم ربنا ولك الحمد).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Yahudi tidak mencemburui kita dengan apa-apa perkara pun sepertimana mereka mencemburui kita dengan tiga perkara: ucapan salam, ucapan amin dan ucapan "Ya Allah ya Tuhan kami, kepada Engkau sahaja segala pujian".

STATUS

Munkar apabila sempurna begini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 375, hadis nombor 1989. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله ﷺ: «لم يحسدونا اليهود بشيء ما حسدونا بثلاث: (التسليم)، و(التأمين)، و(اللهم ربنا ولك الحمد)». [هق، «الضعيفة» (6955)].

(Munkar Apabila Sempurna Begini) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Yahudi tidak mencemburui kita dengan apa-apa perkara pun sepertimana mereka mencemburui kita dengan tiga perkara: ucapan salam, ucapan amin dan ucapan "Ya Allah ya Tuhan kami, kepada Engkau sahaja segala pujian". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6955].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.