Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah wanita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur

TEKS BAHASA ARAB

اللهم إني أعوذ بك من فتنة النساء، وأعوذ بك من عذاب القبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah wanita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1576, hadis nombor 7979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ)
عن سعد رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: اللهم إني أعوذ بك من فتنة النساء، وأعوذ بك من عذاب القبر.
[الخرائطي في ((اعتلال القلوب))، ((الضعيفة)) (7050)].

(Syaz)
Daripada Sa’ad RA, beliau berkata: Baginda SAW bersabda: Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah wanita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur.
[Riwayat al-Khara'itiy dalam Kitab ‘Itilal al-Qulub. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7050].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.