TEKS BAHASA ARAB
الوضوء مما خرج، وليس مما دخل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wuduk adalah kerana sesuatu yang keluar bukan kerana sesuatu yang masuk.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1193, hadis nombor 6050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الوضوء مما خرج، وليس مما دخل.
[عد، قط، هق، ((الضعيفة)) (959)]
(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Wuduk adalah kerana sesuatu yang keluar bukan kerana sesuatu yang masuk.
[Riwayat Ibn 'Adiy, al-Daraqutni dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 959]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.