Wahai Zubair! Sesungguhnya kunci-kunci rezeki adalah di hadapan Arasy

TEKS BAHASA ARAB

يا زبير! إن مفاتيح الرزق بإزاء العرش، ينزل الله للعباد أرزاقهم على قدر نفقاتهم، فمن كثر كثر له، ومن قلل قلل له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Wahai Zubair! Sesungguhnya kunci-kunci rezeki adalah di hadapan Arasy, ia akan diturunkan oleh Allah rezeki mereka berdasarkan kadar nafkah mereka, sesiapa yang banyak nafkahnya Allah akan perbanyakkan rezeki untuknya, sesiapa yang sedikit nafkahnya, Allah akan sedikitkan rezeki baginya.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 878, hadis nombor 4498. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس-رضي الله عنه- مرفوعا: ((يا زبير! إن مفاتيح الرزق بإزاء العرش، ينزل الله للعباد أرزاقهم على قدر نفقاتهم، فمن كثر كثر له، ومن قلل قلل له)). [فر، ((الضعيفة)) (3241)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Wahai Zubair! Sesungguhnya kunci-kunci rezeki adalah di hadapan Arasy, ia akan diturunkan oleh Allah rezeki mereka berdasarkan kadar nafkah mereka, sesiapa yang banyak nafkahnya Allah akan perbanyakkan rezeki untuknya, sesiapa yang sedikit nafkahnya, Allah akan sedikitkan rezeki baginya.”
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3241].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs