Wahai Rasulullah: Beritahulah aku tentang hijrah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا رسول الله: أخبرنا عن الهجرة إليك أينما كنت، أو لقوم خاصة، أم إلى أرض معلومة، أم إذا مت انقطعت؟ قال: فسكت عنه يسيراً، ثم قال: أين السائل؟ قال: ها هو ذا يا رسول الله، قال: الهجرة أن تهجر الفواحش ما ظهر منها وما بطن، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة، ثم أنت مهاجر، وإن مت بالحضر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Rasulullah: Beritahulah aku tentang hijrah di mana saja kamu berada, atau kepada sesebuah kaum secara khasnya, atau ke tanah yang dijanjikan, adakah ia (hijrah) terhenti setelah engkau wafat?. Rasulullah SAW terdiam seketika dan Rasulullah SAW bersabda: Siapakah penyoal tadi? Dia berkata: Itulah dia wahai Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda: Hijrah itu berpindah daripada segala kekejian sama ada yang jelas atau yang tersembunyi, mendirikan solat, menunaikan zakat. Kemudian kamu adalah orang yang berhijrah walaupun kamu mati di bandar sendiri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2003, hadis nombor 10044. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف)
عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنها -، قال: جاء أعرابي ملوي جريء إلى رسول اللہ ﷺ، فقال: يا رسول الله: أخبرنا عن الهجرة إليك أينما كنت، أو لقوم خاصة، أم إلى أرض معلومة، أم إذا منّ انقطعت؟ قال: فسكت عنه يسيراً، ثم قال: أين السائل؟ قال: ها هو ذا يا رسول الله، قال: الهجرة أن تهجر الفواحش ما ظهر منها وما بطن، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة، ثم أنت مهاجر، وإن مت بالحضر.
[حم، ((الضعيفة))، (2383)]

(Lemah)
Daripada Abdullah ibn Amr RA beliau berkata: Telah datang seorang Arab Badwi yang berani datang untuk berjumpa Rasulullah SAW lalu bersabda: Wahai Rasulullah: Beritahulah aku tentang hijrah di mana saja kamu berada, atau kepada sesebuah kaum secara khasnya, atau ke tanah yang dijanjikan, adakah ia (hijrah) terhenti setelah engkau wafat?. Rasulullah SAW terdiam seketika dan Rasulullah SAW bersabda: Siapakah penyoal tadi? Dia berkata: Itulah dia wahai Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda: Hijrah itu berpindah daripada segala kekejian sama ada yang jelas atau yang tersembunyi, mendirikan solat, menunaikan zakat. Kemudian kamu adalah orang yang berhijrah walaupun kamu mati di bandar sendiri.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2383]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.