Wahai Jibril! Tanyakanlah kepada Tuhanmu, bumi manakah yang baik?

TEKS BAHASA ARAB

يا جبريل سل ربك: أي البقاع خير، وأي البقاع شر؟ فاضطرب جبريل تلقاءه، فقال له عندما أفاق: يا محمد هل يسأل الرب، الرب أجل وأعظم من ذلك؟ ثم غاب عنه جبريل، ثم أتاه، ثم قال له: يا محمد لقد وقفت اليوم موقفا لم يقفه ملك قبلي، ولا يقفه ملك بعدي، كان بيني وبين الجبار تبارك وتعالى سبعون ألف حجاب من نور، الحجاب يعدل العرش والكرسي والسماوات والأرض بكذا وكذا ألف عام، فقال: أخبر محمدا: أن خير البقاع المساجد، وخير أهلها أولهم دخولا، وآخرهم خروجا. وشر البقاع الأسواق، وشر أهلها أولهم دخولا، وآخرهم خروجا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Wahai Jibril! Tanyakanlah kepada Tuhanmu, bumi manakah yang baik? Dan bumi manakah yang buruk?” Lalu Jibril AS menggigil di hadapan baginda, lantas Jibril berkata kepada baginda ﷺ sebaik sahaja beliau sedar: “Wahai Muhammad! Adakah Tuhan itu boleh ditanya. Tuhan itu lebih agung dan lebih mulia daripada itu?” Kemudian Jibril AS menghilangkan diri daripada Nabi ﷺ, lalu beliau datang kembali seterusnya berkata kepada baginda ﷺ: “Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku telah berdiri pada hari ini di suatu tempat yang belum pernah berdiri di situ satu malaikat pun sebelumku dan tidak juga berdiri di situ satu malaikat pun selepasku. Di antaraku dan Tuhan Yang Maha Pemaksa Tabaraka wa Taala ada tujuh puluh ribu tabir hijab daripada cahaya. Satu tabir hijab menyamai Arasy, Kursi dan sekalian langit serta bumi dengan (jarak) sekian, sekian ribu tahun. Allah Tabaraka wa Taala berfirman: "Beritahulah kepada Muhammad, sesungguhnya sebaik-baik bumi ialah masjid-masjid dan sebaik-baik ahli masjid itu ialah orang yang paling awal masuk dalam kalangan mereka dan yang paling akhir keluar darinya. Manakala seburuk-buruk bumi ialah pasar-pasar dan seburuk-buruk ahli pasar itu ialah orang yang paling awal masuk dalam kalangan mereka dan yang paling akhir keluar darinya.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 343-344, hadis nombor 1802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا-، قَالَ: وَقَفَ جِبْرِيلُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ ﷺ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: «يا جبريل سل ربك: أي البقاع خير، وأي البقاع شر؟ فاضطرب جبريل تلقاءه، فقال له عندما أفاق: يا محمد هل يسأل الرب، الرب أجل وأعظم من ذلك؟ ثم غاب عنه جبريل، ثم أتاه، ثم قال له: يا محمد لقد وقفت اليوم موقفا لم يقفه ملك قبلي، ولا يقفه ملك بعدي، كان بيني وبين الجبار تبارك وتعالى سبعون ألف حجاب من نور، الحجاب يعدل العرش والكرسي والسماوات والأرض بكذا وكذا ألف عام، فقال: أخبر محمدا: أن خير البقاع المساجد، وخير أهلها أولهم دخولا، وآخرهم خروجا. وشر البقاع الأسواق، وشر أهلها أولهم دخولا، وآخرهم خروجا». [أبو الشيخ في «العظمة»، «الضعيفة» (6500)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Jibril AS berdiri di hadapan Rasulullah ﷺ, maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai Jibril! Tanyakanlah kepada Tuhanmu, bumi manakah yang baik? Dan bumi manakah yang buruk?” Lalu Jibril AS menggigil di hadapan baginda, lantas Jibril berkata kepada baginda ﷺ sebaik sahaja beliau sedar: “Wahai Muhammad! Adakah Tuhan itu boleh ditanya. Tuhan itu lebih agung dan lebih mulia daripada itu?” Kemudian Jibril AS menghilangkan diri daripada Nabi ﷺ, lalu beliau datang kembali seterusnya berkata kepada baginda ﷺ: “Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku telah berdiri pada hari ini di suatu tempat yang belum pernah berdiri di situ satu malaikat pun sebelumku dan tidak juga berdiri di situ satu malaikat pun selepasku. Di antaraku dan Tuhan Yang Maha Pemaksa Tabaraka wa Taala ada tujuh puluh ribu tabir hijab daripada cahaya. Satu tabir hijab menyamai Arasy, Kursi dan sekalian langit serta bumi dengan (jarak) sekian, sekian ribu tahun. Allah Tabaraka wa Taala berfirman: "Beritahulah kepada Muhammad, sesungguhnya sebaik-baik bumi ialah masjid-masjid dan sebaik-baik ahli masjid itu ialah orang yang paling awal masuk dalam kalangan mereka dan yang paling akhir keluar darinya. Manakala seburuk-buruk bumi ialah pasar-pasar dan seburuk-buruk ahli pasar itu ialah orang yang paling awal masuk dalam kalangan mereka dan yang paling akhir keluar darinya.” [Riwayat Abu al-Shaykh dalam al-‘Aẓamah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6500].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.