Wahai Humaira'

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يا حميراء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Wahai Humaira’.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 225, hadis nombor 720. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال المزي: كل حديث فيه: يا حميراء، موضوع، وقال ابن قيم الجوزية: وحديث يا حميراء، وذكر الحديث، فهو كذب مختلق.

al-Mizzi berkata: Setiap hadith yang disebut padanya Humaira adalah palsu.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: Dan hadith: Wahai Humaira’, kemudian beliau menyebutkan hadith tersebut, maka ia adalah dusta lagi rekaan.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs