Wahai Allah, sesungguhnya aku mengharamkan darah Ibn Tha‘labah

TEKS BAHASA ARAB

اللهم إني أحرم دم ابن ثعلبة على المشركين والكفار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, sesungguhnya aku mengharamkan darah Ibn Tha‘labah bagi orang-orang musyrik dan kafir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1080, hadis nombor 5503. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عَنِ ابْنِ ثَعْلَبَةَ: أَنَّهُ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ: ادْعُ اللَّهَ لِي بِالشَّهَادَةِ. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ إِنِّي أُحَرِّمُ دَمَ ابْنِ ثَعْلَبَةَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ وَالْكُفَّارِ فَكُنْتُ أَحْمِلُ فِي عِظَمِ (في المجمع: عُرض) الْقَوْمِ فَيَتَرَاءَى لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلْفَهُمْ. فَقَالُوا: يَا ابْنَ ثَعْلَبَةَ إنك لَتَغْرر وَتَحْمِلُ عَلَى الْقَوْمِ؟ فَقَالَ: إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَرَاءَى لِي خَلْفَهُمْ فَأَحْمِلُ عَلَيْهِمْ حَتَّى أَقِفَ عِنْدَهُ ثُمَّ يَتَرَاءَى لِي عِنْدَ أَصْحَابِي. فَأَحْمِلُ حَتَّى أَكُونَ مَعَ أَصْحَابِي. قَالَ: فَعُمِّرَ زَمَانًا مِنْ دَهْرِهِ. [طب، الضعيفة (6388)

(Lemah) Daripada Ibn Tha‘labah RA, beliau menemui Rasulullah SAW lalu berkata: Doalah kepada Allah agar aku beroleh mati syahid. Nabi SAW berdoa: Wahai Allah, sesungguhnya aku mengharamkan darah Ibn Tha‘labah bagi orang-orang musyrik dan kafir. Aku sering merempuh kumpulan musuh ketika berperang, lalu aku seolah-olah terlihat Nabi SAW di belakang mereka. Maka orang ramai berkata: Wahai Ibn Tha‘labah, mengapa kamu ini gemar menakutkan dan merempuh orang ramai? Beliau menjawab: Sesungguhnya Nabi SAW seolah-olah muncul di belakang mereka, maka aku pun merempuh mereka untuk mendapatkan baginda. Kemudian aku dapati Baginda seolah-olah sudah berada dalam kumpulan tenteraku, maka aku kembali ke kumpulanku. Kemudian beliau menjalani kehidupan dalam tempoh waktu yang panjang. [Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 6388]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs