Wahai Ali, sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam nisfu Sya’ban

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "يَا عَلِيُّ مَنْ صَلَّى مِائَةَ رَكْعَةٍ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الكتاب وَ {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} عَشْرَ مَرَّاتٍ إِلا قَضَى اللَّهُ له كل حاجة _ إلخ


TEKS BAHASA MALAYSIA

108 – Hadith : “Wahai Ali, sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam nisfu Sya’ban dengan dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sepuluh kali melainkan Allah akan menunaikan segala hajatnya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 50, hadis nombor 108. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


هو موضوع وفي ألفاظه المصرحة بما يناله فاعلها من الثواب ما لا يمتري إنسان له تمييز في وضعه ورجاله مجهولون
وقد روى من طريق ثانية وثالثة كلها موضوعة ورواتها مجاهيل
وقال في المختصر: حديث: "صلاة نصف شعبان باطل
ولابن حبان من حديث علي: إذا كان ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها وصوموا نهارها
ضعيف
وقال فى اللآلىء: مائة ركعة في نصف شعبان بالإخلاص عشر مرات مع طول فضله للديلمي وغيره موضوع وجمهور رواته في الطرق الثلاث: مجاهيل وضعفاء
قال: واثني عشرة ركعة بالإخلاص ثلاثين مرة موضوع وأربع عشرة ركعة موضوع
وقد اغتر بهذا الحديث جماعة من الفقهاء كصاحب الإحياء وغيره وكذا من المفسرين وقد رويت صلاة هذه الليلة أعني ليلة النصف من شعبان على أنحاء مختلفة كلها باطلة موضوعة ولا ينافي هذا
رواية الترمذي من حديث عائشة لذهابه صلى الله عليه وسلم إلى البقيع ونزول الرب ليلة النصف إلى سماء الدنيا وأنه يغفر لأكثر من عدة شعر غنم كلب فإن الكلام إنما هو في هذه الصلاة الموضوعة في هذه الليلة على أن حديث عائشة هذا: فيه ضعف وانقطاع كما أن حديث علي الذي تقدم ذكره في قيام ليلها لا ينافي كون هذه الصلاة موضوعة على ما فيه من الضعف حسبما ذكرناه

Hadith ini palsu, pada lafaznya yang secara jelas menceritakan pelakunya mendapat pahala. Manusia yang berkemahiran tidak akan ragu kepalsuannya dan perawinya yang tidak dikenali.
Hadith ini juga diriwayatkan melalui jalan yang kedua dan ketiga namun semua riwayatnya palsu dan perawi-perawinya tidak dikenali.

Al-Firuzabadi berkata di dalam al-Mukhtasar : hadith berkenaan solat malam nisfu Sya’ban adalah batil.
Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ali berkata : jika masuk malam nisfu Sya’ban bangunlah pada malamnya dan puasalah pada siangnya.
Hadith ini dhaif.

Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali : Solat seratus rakaat pada malam nisfu Sya’ban dan membaca surah al-Ikhlas sepuluh kali beserta banyak fadhilatnya riwayat al-Dailami dan selainya adalah palsu, dan majoriti perawinya pada ketiga-tiga sanad merupakan perawi yang tidak dikenali dan lemah.
Beliau berkata : dua belas rakaat dengan membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga puluh kali adalah palsu, dua belas rakaat juga riwayatnya palsu.

Sekumpulan ulama fiqh terlepas pandang tentang hadith ini seperti pengarang kitab Ihya’ dan selainnya, begitu juga sebahagian ulama tafsir. Solat pada malam ini iaitu malam nisfu Sya’ban telah diriwayatkan dengan lafaz berbeza yang mana kesemuanya adalah batil dan palsu tanpa menafikan hadith riwayat al-Tirmizi daripada Aisyah RA apabila Nabi SAW pergi ke al-Baqi’, dan turunnya Allah SWT pertengahan malam ke langit dunia dan Allah SWT mengampunkan dosa lebih banyak daripada bulu kabilah Bani Kalb. Apa yang dibincangkan ialah berkaitan solat yang direka ini pada malam nisfu Sya’ban manakala hadith riwayat Aisyah RA ini pada riwayatnya terdapat perawi dhaif dan sanadnya terputus sebagaimana hadith riwayat Ali RA yang disebutkan sebelum ini berkenaan menghidupkan malamnya tanpa menafikan solat itu adalah palsu walaupun pada sanadnya terdapat perawi dhaif sebagaimana yang kita sebutkan sebelum ini.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon