Wahai Ali! Sesiapa yang solat 100 rakaat pada malam pertengahan Syaaban

TEKS BAHASA ARAB

حديث علي أن رسول الله قال له يا علي: من صلى مائة ركعة في ليلة النصف من شعبان يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وقل هو الله أحد أحد عشر مرة ما من عبد يصلي هذه الصلاة إلا قضى الله له كل حاجة طلبها، قيل يا رسول الله، وإن كان الله جعله شقيا أيجعله سعيدا قال: والذي بعثني بالحق يا علي إنه لو كان مكتوبا في اللوح المحفوظ أن فلان ابن فلان خلق شقيا يمحوه الله ويجعله سعيدا ويبعث الله إليه سبعين ألف ملك يكتبون له الحسنات ويمحون عنه السيئات ويرفعون له الدرجات إلى رأس السنة ويبعث الله في جنات عدن سبعين ألف ملك أو سبعمائة ألف ملك يبنون له المدائن والقصور ويغرسون له الأشجار ما لا عين رأت ولا أذن سمعت ولا خطرت على قلب المخلوقين في كل جنة مثل ما وصفت لكم من المدائن والقصور والأشجار فإن مات قبل أن يحول الحول مات شهيدا أو يعطيه الله بكل حرف من قل هو الله أحد سبعين ألف حوراء لكل حوراء وصيف ووصيفة وسبعون ألف غلمان وسبعون ألف ولدان وسبعون ألف قهارمة وسبعون ألف حجاب وكل من قرأ قل هو الله أحد في تلك الليلة يكتب له أجر سبعين شهيدا وتقبل صلاته التي صلاها قبل ذلك ويقبل ما يصلى بعدها وإن كان والداه في النار ودعا لهما أخرجهما بعد أن لم يشركا بالله شيئا والذي بعثني بالحق نبيا إنه لا يخرج من الدنيا حتى يرى منزله من الجنة كما خلقه الله أو يرى له والذي بعثني بالحق إن الله يبعث في كل ساعة من ساعات الليل والنهار سبعين ألف ملك يسلمون عليه ويصافحونه ويدعون له إلى أن ينفخ في الصور ويحشر يوم القيامة مع الكرام البررة ويأمر الكاتبين أن لا يكتبوا على عبدي سيئة واكتبوا له حسنة إلى أن يحول الحول، ومن صلى هذه الصلاة وهو يريد الصلاة والدار الآخرة يجعل الله له نصيبا من عنده تلك الليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadis Ali bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata: Wahai Ali! Sesiapa yang solat 100 rakaat pada malam pertengahan Syaaban dan dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan al-Ikhlas sebanyak 11 kali, tidak ada hamba yang solat dengan solat ini melainkan Allah akan memberikan kepadanya setiap hajat yang diminta. Dikatakan: Wahai Rasulullah! Adakah sekiranya Allah menjadikannya daripada kalangan orang yang berduka, lalu Allah menjadikannya orang yang gembira? Nabi berkata: Demi Allah yang mengutuskanku dengan kebenaran! Wahai Ali! Sesungguhnya sekiranya dia ditulis di dalam lohmahfuz bahawa fulan bin fulan merupakan makhluk yang derita, maka Allah akan memadamkannya lalu menjadikan orang yang gembira dan Allah akan mengutuskan kepadanya 70000 malaikat yang akan menulis kepadanya kebaikan-kebaikan dan Allah akan memadamkan daripadanya dosa-dosa, dan Allah akan mengangkat darjat-darjatnya sehingga kepada awal tahun. Allah akan mengutuskannya di dalam syurga ‘Adn sebanyak 70000 atau 700000 malaikat yang akan membina baginya bandar-bandar, istana-istana dan menanam baginya pohon-pohon yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam jiwa makhluk. Setiap syurga itu seperti apa yang digambarkan kepada kamu daripada bandar-bandar, istana-istana, dan pohon-pohon. Sekiranya dia mati sebelum cukup satu tahun maka dia akan mati sebagai orang yang syahid atau Allah akan memberikan setiap huruf daripada surah al-Ikhlas 70 000 bidadari di mana setiap bidadari mempunyai pembantu lelaki dan pembantu perempuan, 70000 pemuda, 70000 anak-anak, 70000 wakil, 70000 hijab dan setiap yang dibaca daripada al-Ikhlas pada malam tersebut akan ditulis baginya 70 ganjaran syahid dan diterima solatnya yang dilakukan sebelum daripada itu. Diterima solat yang dilakukan selepas daripadanya dan sekiranya orang tuanya di dalam neraka maka dia akan memanggil keduanya serta mengeluarkan keduanya selepas daripada itu dengan syarat mereka berdua tidak melakukan syirik terhadap Allah dengan sesuatu. Dan demi Allah yang mengutuskanku dengan kebenaran kenabian, sesungguhnya dia tidak akan terkeluar daripada dunia ini sehingga dia melihat kedudukannya di dalam syurga seperti mana Allah menciptakannya atau diperlihatkan kepadanya. Dan demi Tuhan yang mengutuskanku dengan kebenaran, sesungguhnya Allah akan mengutuskan setiap masa daripada masa malam dan siang 70000 malaikat yang akan memberi salam kepadanya dan bersalaman dengannya dan berdoa kepadanya sehinggalah ditiupkan sangkakala serta dihimpukan pada hari kiamat bersama malaikat mulia lagi baik dan Allah akan perintahkan kepada dua malaikat yang menulis agar tidak ditulis ke atas hambaku ini akan dosanya dan tulislah baginya kebaikan sehingga cukup satu tahun. Sesiapa yang solat dengan solat ini dan dia menginginkan solat dan juga menginginkan Akhirat, maka Allah akan meletakkan bahagian pahalanya di sisinya pada malam tersebut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 82-83. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ عَلِيٍّ أَنَّ رَسُول الله قَالَ لَهُ يَا عَلِيُّ: مَنْ صَلَّى مِائَةَ رَكْعَةٍ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَقُلْ هُوَ الله أحد أحد عشر مَرَّةً مَا مِنْ عَبْدٍ يُصَلِّي هَذِهِ الصَّلاةَ إِلا قَضَى اللَّهُ لَهُ كُلَّ حَاجَةٍ طَلَبَهَا، قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَإِنْ كَانَ اللَّهُ جَعَلَهُ شَقِيًّا أَيَجْعَلُهُ سَعِيدًا قَالَ: وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ يَا عَلِيُّ إِنَّهُ لَوْ كَانَ مَكْتُوبًا فِي اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ أَنَّ فُلانَ ابْن فُلانٍ خُلِقَ شَقِيًّا يَمْحُوهُ اللَّهُ وَيَجْعَلُهُ سَعِيدًا وَيَبْعَثُ اللَّهُ إِلَيْهِ سَبْعِينَ أَلْفَ مَلَكٍ يَكْتُبُونَ لَهُ الْحَسَنَاتِ وَيَمْحُونَ عَنْهُ السَّيِّئَاتِ وَيَرْفَعُونَ لَهُ الدَّرَجَاتِ إِلَى رَأْسِ السَّنَةِ وَيَبْعَثُ اللَّهُ فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ سبعين ألف ملك أَو سَبْعمِائة أَلْفِ مَلَكٍ يَبْنُونَ لَهُ الْمَدَائِنَ وَالْقُصُورَ وَيَغْرِسُونَ لَهُ الأَشْجَارَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلا خَطَرَتْ عَلَى قَلْبِ الْمَخْلُوقِينَ فِي كُلِّ جَنَّةٍ مِثْلُ مَا وَصَفْتُ لَكُمْ مِنَ الْمَدَائِنِ وَالْقُصُورِ وَالأَشْجَارِ فَإِنْ مَاتَ قَبْلَ أَنْ يَحُولَ الْحَوْلُ مَاتَ شَهِيدًا أَوْ يُعْطِيهِ اللَّهُ بِكُلِّ حَرْفٍ مِنْ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ سَبْعِينَ أَلْفَ حَوْرَاءَ لِكُلِّ حَوْرَاءَ وَصِيفٌ وَوَصِيفَةٌ وَسَبْعُونَ أَلْفَ غِلْمَانٍ وَسَبْعُونَ أَلْفَ وِلْدَانٍ وَسَبْعُونَ أَلْفَ قَهَارِمَةٍ وَسَبْعُونَ أَلْفَ حِجَابٍ وَكُلُّ مَنْ قَرَأَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فِي تِلْكَ اللَّيْلَةِ يُكْتَبُ لَهُ أَجْرُ سَبْعِينَ شَهِيدًا وَتُقْبَلُ صَلاتُهُ الَّتِي صَلاهَا قَبْلَ ذَلِكَ وَيُقْبَلُ مَا يُصَلَّى بَعْدَهَا وَإِنْ كَانَ وَالِدَاهُ فِي النَّارِ وَدَعَا لَهُمَا أَخْرَجَهُمَا بَعْدَ أَنْ لَمْ يُشْرِكَا بِاللَّهِ شَيْئًا وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ نَبِيًّا إِنَّهُ لَا يَخْرُجُ مِنَ الدُّنْيَا حَتَّى يَرَى مَنْزِلَهُ مِنَ الْجَنَّةِ كَمَا خَلَقَهُ اللَّهُ أَوْ يُرَى لَهُ وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ فِي كُلِّ سَاعَةٍ مِنْ سَاعَاتِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سَبْعِينَ أَلْفَ مَلَكٍ يُسَلِّمُونَ عَلَيْهِ وَيُصَافِحُونَهُ وَيَدْعُونَ لَهُ إِلَى أَنْ يُنْفَخَ فِي الصُّورِ وَيُحْشَرَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَيَأْمُر الْكَاتِبين أَن لَا يكتبوا عَلَى عَبْدِي سَيِّئَةً وَاكْتُبُوا لَهُ حَسَنَة إِلَى أَنْ يَحُولَ الْحَوْلُ، وَمَنْ صَلَّى هَذِهِ الصَّلاةَ وَهُوَ يُرِيدُ الصَّلاةَ وَالدَّارَ الآخِرَةَ يَجْعَلُ اللَّهُ لَهُ نَصِيبًا مِنْ عِنْدِهِ تِلْكَ اللَّيْلَةَ.
أَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ فِي كِتَابِ الْمَوْضُوعَاتِ وَحَكَمَ بِوَضْعِهِ وَقَالَ جُمْهُورٌ رِوَاتُهُ مَجَاهِيلُ وَفِيهُمْ ضُعَفَاءُ وَأَقَرَّهُ عَلَيْهِ السُّيُوطِيُّ وَابْنُ عِرَاقٍ وَابْنُ حجر الْمَكِّيّ غَيرهم

Hadis Ali bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata: Wahai Ali! Sesiapa yang solat 100 rakaat pada malam pertengahan Syaaban dan dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan al-Ikhlas sebanyak 11 kali, tidak ada hamba yang solat dengan solat ini melainkan Allah akan memberikan kepadanya setiap hajat yang diminta. Dikatakan: Wahai Rasulullah! Adakah sekiranya Allah menjadikannya daripada kalangan orang yang berduka, lalu Allah menjadikannya orang yang gembira? Nabi berkata: Demi Allah yang mengutuskanku dengan kebenaran! Wahai Ali! Sesungguhnya sekiranya dia ditulis di dalam lohmahfuz bahawa fulan bin fulan merupakan makhluk yang derita, maka Allah akan memadamkannya lalu menjadikan orang yang gembira dan Allah akan mengutuskan kepadanya 70 000 malaikat yang akan menulis kepadanya kebaikan-kebaikan dan Allah akan memadamkan daripadanya dosa-dosa, dan Allah akan mengangkat darjat-darjatnya sehingga kepada awal tahun. Allah akan mengutuskannya di dalam syurga ‘Adn sebanyak 70 000 atau 70 0000 malaikat yang akan membina baginya bandar-bandar, istana-istana dan menanam baginya pohon-pohon yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam jiwa makhluk. Setiap syurga itu seperti apa yang digambarkan kepada kamu daripada bandar-bandar, istana-istana, dan pohon-pohon. Sekiranya dia mati sebelum cukup satu tahun maka ia akan mati sebagai orang yang syahid atau Allah akan memberikan setiap huruf daripada surah al-Ikhlas 70 000 bidadari di mana setiap bidadari mempunyai pembantu lelaki dan pembantu perempuan, 70 000 pemuda, 70 000 anak-anak, 70 000 wakil, 70000 hijab dan setiap yang dibaca daripada al-Ikhlas pada malam tersebut akan ditulis baginya 70 ganjaran syahid dan diterima solatnya yang dilakukan sebelum daripada itu. Diterima solat yang dilakukan selepas daripadanya dan sekiranya orang tuanya di dalam neraka maka dia akan memanggil keduanya serta mengeluarkan keduanya selepas daripada itu dengan syarat mereka berdua tidak melakukan syirik terhadap Allah dengan sesuatu. Dan demi Allah yang mengutuskanku dengan kebenaran kenabian, sesungguhnya dia tidak akan terkeluar daripada dunia ini sehingga dia melihat kedudukannya di dalam syurga seperti mana Allah menciptakannya atau diperlihatkan kepadanya. Dan demi Tuhan yang mengutuskanku dengan kebenaran, sesungguhnya Allah akan mengutuskan setiap masa daripada masa malam dan siang 70 000 malaikat yang akan memberi salam kepadanya dan bersalaman dengannya dan berdoa kepadanya sehinggalah ditiupkan sangkakala serta dihimpukan pada hari kiamat bersama malaikat mulia lagi baik dan Allah akan perintahkan kepada dua malaikat yang menulis agar tidak ditulis ke atas hambaku ini akan dosanya dan tulislah baginya kebaikan sehingga cukup satu tahun. Sesiapa yang solat dengan solat ini dan dia menginginkan solat dan juga menginginkan Akhirat, maka Allah akan meletakkan bahagian pahalanya di sisinya pada malam tersebut.
Hadis ini dikeluarkan oleh Ibn al-Jauzi dalam kitab al-Mawdu’at dan beliau menghukumnya sebagai palsu dan beliau berkata bahawa majoriti perawi-perawinya tidak dikenali dan sebahagian daripada perawi tersebut ialah perawi yang daif dan ini dipersetujui oleh al-Suyuthi, Ibn al-Iraq dan Ibn Hajar al-Makki dan selain daripada mereka.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.