Wahai ‘Ali, jadilah engkau orang yang berilmu (pandai), atau orang yang belajar (pelajar) atau orang yang mendengarkan ilmu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

" يا علي! كن عالما، أو متعلما، أو مستمعا – أو واعيا – ولا تكن الرابع فتهلك ".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Ali, jadilah engkau orang yang berilmu (pandai), atau orang yang belajar (pelajar) atau orang yang mendengarkan ilmu atau pun orang yang sedar akan ilmu dan janganlah engkau menjadi orang yang keempat maka nescaya akan binasa.

STATUS

tidak thabit daripada Nabi Muhammad, tetapi mathur daripada sebahagian para salaf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 122, hadis nombor 155. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: ليس ثابتا عن النبي صلى الله عليه وسلم، لكنه مأثور عن بعض السلف.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini tidak thabit daripada baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam, akan tetapi hadis ini mathur daripada sebahagian para salaf.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.