TEKS BAHASA ARAB
حديث: أنه صلى الله عليه وآله وسلم قال لعلي: ادن مني أضع خمسك في خمسي، يا علي خلقت أنا وأنت من شجرة: أنا أصلها، وأنت فرعها، والحسن والحسين أغصانها، من تعلق بغصن منها أدخله الله الجنة، يا علي، لو أن أمتي صاموا حتى يكونوا كالحنايا، وصلوا حتى يكونوا كالأوتار، ثم أبغضوك، كبهم الله على وجوههم في النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Baginda SAW bersabda pada Ali: Dekatkan diri kamu kepada aku. Aku mahu meletakkan tapak tangan aku ke tapak tangan kamu. Wahai Ali! Aku dan kamu diciptakan daripada sebatang pokok. Aku adalah akarnya dan engkau adalah rantingnya. Manakala Al-Hasan dan Al-Husain adalah dahannya. Sesiapa yang bergantung pada satu dahannya,maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga. Wahai Ali! Jika umatku berpuasa sehingga mereka menjadi bongkok, mereka menunaikan solat sehingga menjadi seperti tempat penggantung busur, kemudian mereka membenci kamu, maka Allah akan menghumbankan mereka ke dalam neraka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 395-396, hadis nombor 127. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن عدي: هذا لا يرويه غير عثمان بن عبد الله الشامي، وله أحاديث موضوعة.
Ibn Adi berkata: Ini tidak diriwayatkan kecuali dari Uthman bin Abdullah al-Syami. Dia meriwayatkan hadith-hadith palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.