Wahai 'Aishah, ketahuilah bahawa Allah telah mengahwinkan aku

TEKS BAHASA ARAB

يا عائشة! أما تعلمين أن الله زوجني في الجنة مريم بنت عمران ، ووكلثم أخت موسى، وامرأة فرعون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Aishah, tidakkah engkau tahu bahawa Allah telah mengahwinkan aku dengan Maryam binti ‘Imran, Kulthum saudara perempuan Musa AS dan isteri Firaun di syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1790, hadis nombor 9018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعاً: «يا عائشة! أما تعلمين أن الله زوجني في الجنة مريم بنت عمران، وكلثم أخت موسى، وامرأة فرعون». [أبو الشيخ في «التاريخ»، «الضعيفة» (812,7052)].

(Munkar) Daripada Abu Umamah RA, Nabi SAW bersabda: “Wahai ‘Aishah, tidakkah engkau tahu bahawa Allah telah mengahwinkan aku dengan Maryam binti ‘Imran, Kulthum saudara perempuan Musa AS dan isteri Firaun di syurga.” [Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 812, 7052]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.