Wahai ‘Adī ibn Ḥātim, peluklah Islam nescaya kamu akan selamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قدم عدي بن حاتم الطائي الكوفة فأتيته في أناس من أهل الكوفة، فقلنا له: حدثنا بحديث سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: بعث رسول الله صلى الله عليه وسلم بالنبوة ولا أعلم أحدا من العرب كان أشد له بغضا ولا أشد له كراهية مني حتى لحقت بالروم فتنصرت فيهم فلما بلغني ما يدعو إليه من الأخلاق الحسنة، وما قد اجتمع إليه من الناس ارتحلت حتى أتيته فوقفت عليه وعنده صهيب وبلال وسلمان فقال: يا عدي بن حاتم أسلم تسلم. فقلت: أخ أخ فأنخت وجلست وألزقت ركبتي بركبته فقلت: ما الإسلام؟ قال: تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله وتؤمن بالقدر خيره وشره وحلوه ومره، يا عدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

‘Adī ibn Ḥātim al-Ṭā’ī tiba di Kufah. Maka aku pun mendatanginya bersama dengan orang ramai dari kalangan penduduk Kufah. Kami telah berkata kepadanya: Ceritakan kepada kami satu hadis yang kamu telah dengar daripada Rasulullah SAW. Lalu beliau telah berkata: Rasulullah SAW diutuskan dengan kenabian dan aku tidak mengetahui seorang pun dari kalangan Arab yang sangat memarahi dan membencinya melebihi diriku. Sehingga aku pergi ke Rom dan aku menjadi Nasrani bersama dengan mereka. Ketika sampai kepada ku apa yang Baginda SAW dakwahkan daripada akhlak yang baik, dan perkara yang menyebabkan orang ramai berhimpun kepada Baginda SAW, maka aku pun memulakan kembara sehingga aku sampai kepada Baginda SAW. Aku pun berdiri di hadapan baginda SAW dan di sisi Baginda SAW ada Suhayb, Bilāl, dan Salmān RA. Lalu baginda SAW telah bersabda: Wahai ‘Adī ibn Ḥātim, masuk Islamlah nescaya kamu akan selamat. Lalu aku telah berkata: Aduh aduh. Aku pun mengarahkan agar untaku duduk. Kemudian aku pun duduk dan aku merapatkan lututku kepada kedua lutut Baginda SAW. Lalu aku telah berkata: Apakah itu Islam? Baginda SAW telah menjawab: Kamu beriman dengan Allah SWT, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-Nya, dan kamu beriman dengan qadar baik dan buruknya, manis dan pahitnya ia wahai ‘Adī.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 125 – 126, hadis nombor 641. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عامر الشعبي قال: قدم عدي بن حاتم الطائي الكوفة، فأتيته في أناس من أهل الكوفة، فقلنا له: حدثنا بحديث سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: بعث رسول الله صلى الله عليه وسلم بالنبوة ولا أعلم أحدا من العرب كان أشد له بغضا ولا أشد له كراهية مني حتى لحقت بالروم فتنصرت فيهم فلما بلغني ما يدعو إليه من الأخلاق الحسنة، وما قد اجتمع إليه من الناس ارتحلت حتى أتيته فوقفت عليه وعنده صهيب وبلال وسلمان فقال: يا عدي بن حاتم أسلم تسلم. فقلت: أخ أخ فأنخت وجلست وألزقت ركبتي بركبته فقلت: ما الإسلام؟ قال: تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله وتؤمن بالقدر خيره وشره وحلوه ومره يا عدي. [طب، ابن عساكر، الضعيفة (6488)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Āmir al-Sha‘bī telah berkata: ‘Adī ibn Ḥātim al-Ṭā’ī tiba di Kufah. Maka aku pun mendatanginya bersama dengan orang ramai dari kalangan penduduk Kufah. Kami telah berkata kepadanya: Ceritakan kepada kami satu hadis yang kamu telah dengar daripada Rasulullah SAW. Lalu beliau telah berkata: Rasulullah SAW diutuskan dengan kenabian dan aku tidak mengetahui seorang pun dari kalangan Arab yang sangat memarahi dan membencinya melebihi diriku. Sehingga aku pergi ke Rom dan aku menjadi Nasrani bersama dengan mereka. Ketika sampai kepada ku apa yang Baginda SAW dakwahkan daripada akhlak yang baik, dan perkara yang menyebabkan orang ramai berhimpun kepada Baginda SAW, maka aku pun memulakan kembara sehingga aku sampai kepada Baginda SAW. Aku pun berdiri di hadapan baginda SAW dan di sisi Baginda SAW ada Suhayb, Bilāl, dan Salmān RA. Lalu baginda SAW telah bersabda: Wahai ‘Adī ibn Ḥātim, masuk Islamlah nescaya kamu akan selamat. Lalu aku telah berkata: Aduh, aduh, Aku pun mengarahkan agar untaku duduk. Kemudian aku pun duduk dan aku merapatkan lututku kepada kedua lutut Baginda SAW. Lalu aku telah berkata: Apakah itu Islam? Baginda SAW telah menjawab: Kamu beriman dengan Allah SWT, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-Nya, dan kamu beriman dengan qadar baik dan buruknya, manis dan pahitnya ia wahai ‘Adī. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6488]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.