Wahai Abu al-Darda’! Jika kamu mahu berbangga, maka berbanggalah dengan Quraisy

TEKS BAHASA ARAB

يا أبا الدرداء! إذا فاخرت؛ ففاخر بقريش، وإذا كاثرت؛ فكاثر بتميم، وإذا حاربت، فحارب بقيس، ألا إن وجوهها كنانة، ولسانها أسد، وفرسانها قيس. يا أبا الدرداء! إن لله فرساناً في سمائه يحارب بهم أعداءه، إن آخر من يقاتل عن الإسلام – حين لا يبقى إلا ذكره، ومن القرآن إلا رسمه – لرجل من قيس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu al-Darda’! Jika kamu mahu berbangga, maka berbanggalah dengan Quraisy. Jika kamu mahu berbangga, maka berbanggalah dengan Tamim. Jika kamu ingin berperang, maka berperanglah bersama Qais. Ketahuilah bahawa wajah-wajahnya (pemimpin yang hadapan) ialah Kinanah, manakala lidahnya (pandai berbicara) ialah Asad, serta penunggang kuda ialah Qais. Wahai Abu ad-Darda’! Sesungguhnya Allah memiliki penunggang-penunggang kuda di langit-Nya yang akan memerangi musuh-musuh-Nya bersama mereka. Sesungguhnya lelaki terakhir yang akan berperang untuk Islam – ketika zaman yang sudah tiada lagi (Islam) kecuali sebutan sahaja dan tiada lagi al-Qur’an melainkan tulisannya sahaja – ialah seorang lelaki daripada Qais.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1965 hadis nombor 9829. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي الدرداء –رضي الله عنه -، قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم، فوجدت جماعة من العرب يتفاخرون فيما بينهم، فدخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: ما هذا يا أبا الدرداء الذي أسمع؟! فقلت: يا رسول الله! هذه العرب تفاخر فيما بينها! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا أبا الدرداء! إذا فاخرت؛ ففاخر بقريش، وإذا كاثرت؛ فكاثر بتميم، وإذا حاربت، فحارب بقيس، ألا إن وجوهها كنانة، ولسانها أسد، وفرسانها قيس. يا أبا الدرداء! إن لله فرساناً في سمائه يحارب بهم أعداءه، إن آخر من يقاتل عن الإسلام – حين لا يبقى إلا ذكره، ومن القرآن إلا رسمه – لرجل من قيس. قال: قلت: يا رسول الله! أي قيسٍ؟ قال: من سُليم.
[البزار، تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6794)]

(Munkar)
Daripada Abu al-Darda’ RA, dia berkata: Aku datang kepada Nabi SAW dan mendapati ada satu kumpulan orang Arab sedang berbangga sesama mereka. Lalu aku pun masuk menemui Rasulullah SAW lantas Baginda bertanya: Wahai Abu al-Darda’! Apakah yang aku sedang dengar ini? Maka aku menjawab: Wahai Rasulullah! di sini ada orang Arab sedang berbangga sesama sendiri. Rasulullah SAW pun bersabda: Wahai Abu al-Darda’! Jika kamu mahu berbangga, maka berbanggalah dengan Quraisy. Jika kamu mahu berbangga, maka berbanggalah dengan Tamim. Jika kamu ingin berperang, maka berperanglah bersama Qais. Ketahuilah bahawa wajah-wajahnya (pemimpin yang hadapan) ialah Kinanah, manakala lidahnya (pandai berbicara) ialah Asad, serta penunggang kuda ialah Qais. Wahai Abu ad-Darda’! Sesungguhnya Allah memiliki penunggang-penunggang kuda di langit-Nya yang akan memerangi musuh-musuh-Nya bersama mereka. Sesungguhnya lelaki terakhir yang akan berperang untuk Islam – ketika zaman yang sudah tiada lagi (Islam) kecuali sebutan sahaja dan tiada lagi al-Qur’an melainkan tulisannya sahaja – ialah seorang lelaki daripada Qais. Aku pun bertanya: Wahai Rasulullah! Qais yang mana satu? Baginda menjawab: Daripada Sulaim.
[Riwayat al-Bazzar, Tamam al-Razi dalam al-Fawa’id, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6794]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs