TEKS BAHASA ARAB
لما أنشأ الناس الحج سنة تسع؛ قدم عروة بن مسعود على رسول الله صلى الله عليه وسلم مسلما، فاستأذن رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يرجع إلى قومه، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إني أخاف أن يقتلوك. فقال: لو وجدوني نائما، ما أيقظوني! فأذن له رسول الله صلى الله عليه وسلم فرجع إلى قومه مسلما، فقدم عشاء، فجاءته ثقيف يحيونه، فدعاهم إلى الإسلام، فاتهموه، وأغضبوه، وأسمعوه ما لم يكن يحتسب، ثم رجعوا من عنده، حتى إذا أسحروا وطلع الفجر، قام على غرفة في داره، فأذن بالصلاة وتشهد، فرماه رجل من ثقيف بسهم فقتله، فقال رسول الله صلّى الله عليه وسلم: مثل عروة – يعني: ابن مسعود – مثل صاحب (يس) دعا قومه إلى الله فقتلوه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila orang ramai mula bertolak untuk menunaikan haji pada tahun kesembilan hijrah, Urwah Bin Mas’ud pergi bertemu Rasulullah SAW dalam keadaan sudah muslim. Lantas Rasulullah SAW memberikan keizinan kepada beliau untuk kembali kepada kaumnya. Rasulullah SAW bersabda: Aku takut mereka akan membunuh kamu. Urwah berkata: Jika mereka menemui aku dalam keadaan tidur, mereka tidak akan membangunkan aku. Rasulullah SAW lantas memberikan keizinan. Kemudian, Urwah kembali kepada kaumnya dalam keadaan sudah memeluk Islam. Beliau sampai pada waktu malam. Ada sekumpulan orang dari bani Thaqif yang menyambut beliau. Lantas beliau menyeru mereka kepada Islam. Mereka mencela beliau, marah kepada beliau dan memperkatakan kepada beliau sesuatu yang tidak beliau sangka. Kemudian mereka pulang dari tempat beliau sehinggalah tiba waktu pagi. Urwah bangun di salah satu bilik rumahnya. Beliau azan dan bertasyahud. Kemudian ada seorang lelaki dari Bani Thaqif melepaskan anak panah lalu menyebabkan beliau terbunuh. Rasulullah SAW bersabda: Urwah iaitu Ibn Mas’ud adalah seperti individu dalam surah Yasin. Beliau menyeru kaumnya menyembah Allah, lantas mereka membunuhnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1936, hadis nombor 9711. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عروة رضي الله عنه قال: لما أنشأ الناس الحج سنة تسع؛ قدم عروة بن مسعود على رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مسلماً، فاستأذن رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أن يرجع إلى قومه، فقال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إني أخاف أن يقتلوك. فقال: لو وجدوني نائماً، ما أيقظوني! فأذن له رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فرجع إلى قومه مسلماً، فقدم عشاءً، فجاءته ثقيف يحيُّونه، فدعاهم إلى الإسلام، فاتهموه، وأغضبوه، وأسمعوه ما لم يكن يحتسب، ثم رجعوا من عنده، حتى إذا أسحروا وطلع الفجر، قام على غرفة في داره، فأذن بالصلاة وتشهد، فرماه رجل من ثقيف بسهم فقتله، فقال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَثَلُ عروة – يعني: ابنَ مسعودٍ – مثلُ صاحبِ (يس) دعا قومَه إلى الله فقتلوه.
[طب، ((الضعيفة)) (6280)]
(Lemah)
Daripada Urwah RA, beliau berkata: Apabila orang ramai mula bertolak untuk menunaikan haji pada tahun kesembilan hijrah, Urwah Bin Mas’ud pergi bertemu Rasulullah SAW dalam keadaan sudah muslim. Lantas Rasulullah SAW memberikan keizinan kepada beliau untuk kembali kepada kaumnya. Rasulullah SAW bersabda: Aku takut mereka akan membunuh kamu. Urwah berkata: Jika mereka menemui aku dalam keadaan tidur, mereka tidak akan membangunkan aku. Rasulullah SAW lantas memberikan keizinan. Kemudian, Urwah kembali kepada kaumnya dalam keadaan sudah memeluk Islam. Beliau sampai pada waktu malam. Ada sekumpulan orang dari bani Thaqif yang menyambut beliau. Lantas beliau menyeru mereka kepada Islam. Mereka mencela beliau, marah kepada beliau dan memperkatakan kepada beliau sesuatu yang tidak beliau sangka. Kemudian mereka pulang dari tempat beliau sehinggalah tiba waktu pagi. Urwah bangun di salah satu bilik rumahnya. Beliau azan dan bertasyahud. Kemudian ada seorang lelaki dari Bani Thaqif melepaskan anak panah lalu menyebabkan beliau terbunuh. Rasulullah SAW bersabda: Urwah iaitu Ibn Mas’ud adalah seperti individu dalam surah Yasin. Beliau menyeru kaumnya menyembah Allah, lantas mereka membunuhnya.
[Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6280]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.